Wilayah Luar Negeri British

Wilayah Luar Negeri British (juga dikenali sebagai Wilayah Seberang Laut British)[a] atau secara alternatifnya Wilayah Luar Negeri United Kingdom (atau Wilayah Seberang Laut United Kingdom)[b] ialah 14 buah wilayah di bawah bidang kuasa dan kedaulatan United Kingdom.[1][2] Wilayah tersebut merupakan sebahagian daripada Empayar British yang tidak beroleh kemerdekaan atau telah memilih untuk kekal sebagai wilayah British dan mereka bukanlah sebahagian daripada United Kingdom. Kebanyakan wilayah tersebut mempunyai pemerintahan sendiri dengan United Kingdom bertanggungjawab dalam hal ehwal pertahanan dan hubungan asing, manakala selebihnya tidak berpenduduk atau mempunyai penghuni sementara yang terdiri daripada anggota tentera atau masyarakat saintifik. Mereka berkongsi ketua negara yang sama iaitu Baginda Ratu Elizabeth II (terkini).

Wilayah Luar Negeri British
ولايه لوار نڬري بريتيش
Bendera Wilayah Luar Negeri British ولايه لوار نڬري بريتيش
Lokasi United Kingdom dan Wilayah Luar Negeri Brisith
Lokasi United Kingdom dan Wilayah Luar Negeri Brisith
(penempatan terbesar)George Town, Gibraltar, Road Town
Bahasa rasmiInggeris
DemonimBritish, Briton
Wilayah
Pemimpin
• Ratu
Elizabeth II
• Setiausaha Asing
Boris Johnson
• Menteri Negara
Tariq Ahmad
• Menteri Negara
Alan Duncan
Keluasan
• Jumlah
1,727,570 km2 (667,020 bt2)
Populasi
• Perkiraan 2010
250,000
Format tarikhhh/bb/tttt (AD)

Istilah "Wilayah Luar Negeri British" diperkenalkan oleh Akta Wilayah Luar Negeri British 2002, menggantikan istilah Wilayah Tanggungan British yang diperkenalkan melalui Akta Kerakyatan British 1981. Sebelum 1 Januari 1983, wilayah-wilayah tersebut secara rasmi dirujuk sebagai Tanah Jajahan Mahkota British. Dengan pengecualian Wilayah Antartik British serta Georgia Selatan dan Kepulauan Sandwich Selatan (yang hanya menempatkan pegawai dan kakitangan stesen penyelidikan) dan Wilayah Lautan Hindi British (digunakan sebagai pangkalan tentera), wilayah-wilayah lain mempunyai populasi awam yang tetap. Penduduk tetap untuk 7,000 orang atau lebih yang menetap di Kawasan Pangkalan Berdaulat Akrotiri dan Dhekelia adalah terhad untuk rakyat Republik Cyprus.

Walaupun wilayah tanggungan mahkota Jersey, Guernsey dan Pulau Man juga berada di bawah kedaulatan pemerintahan beraja British, mereka berada dalam hubungan perlembagaan yang berbeza dengan United Kingdom.[3][4] Wilayah luar negeri dan wilayah tanggungan diraja juga berbeza dengan alam Komanwel, satu kumpulan yang terdiri daripada 15 buah negara merdeka (dan United Kingdom) di mana Ratu Elizabeth II merupakan ketua negara mereka, dan daripada negara-negara Komanwel, sebuah persatuan yang terdiri daripada 52 buah negara yang kebanyakannya mempunyai hubungan bersejarah dengan Empayar British (yang juga merangkumi semua alam Komanwel).

Wilayah terkini

Empat belas Wilayah Luar Negeri British adalah:[5]

BenderaJataNamaLokasiMotoLuasJumlah pendudukIbu wilayah
Akrotiri dan DhekeliaCyprus, Laut Mediterranean255 km2 (98 bt2)[6]7,700 (warga Cyprus; anggaran)
8,000 bukan tetap (anggota tentera UK dan keluarga mereka; anggaran)
Episkopi Cantonment
AnguillaCaribbean, Laut Atlantik Utara"Strength and Endurance" (Kekuatan dan Ketahanan)91 km2 (35.1 bt2)[7]13,500 (anggaran 2006)[8]The Valley
BermudaLaut Atlantik Utara di antara Puerto Rico dan Cape Sable, Kanada"Quo fata ferunt" (Latin; "Ke mana takdir membawa")54 km2 (20.8 bt2)[9]64,000 (anggaran 2007)[10]Hamilton
Georgia Selatan dan Kepulauan Sandwich SelatanLautan Atlantik Selatan"Leo terram propriam protegat" (Latin; "Biarkan singa melindungi tanahnya sendiri")4,066 km2 (1,570 bt2)[11]0
99 bukan tetap (pegawai dan kakitangan penyelidikan)[12]
King Edward Point
GibraltarSemenanjung Iberia, Eropah daratan"Nulli expugnabilis hosti" (Latin; "Tiada musuh akan mengusir kita")6.5 km2 (2.5 bt2)[13]28,800 (anggaran 2005)[14]
1,250 bukan tetap (anggota tentera UK; anggaran 2012)
Gibraltar
Kepulauan CaymanCaribbean, Lautan Atlantik Utara"He hath founded it upon the seas" (Dia telah dirikannya di atas laut)264 km2 (101.9 bt2)[15]56,092 (anggaran 2013)[15]George Town
Kepulauan FalklandLautan Atlantik Selatan"Desire the right" (Inginkan hak)12,173 km2 (4,700 bt2)[9]2,955 (bancian 2006)[16]
1,350 bukan tetap (anggota tentera UK; anggaran 2012)
Stanley
Kepulauan Pitcairn, Henderson, Ducie dan OenoLautan Pasifik47 km2 (18 bt2)[17]49 (anggaran 2014)[18]
6 bukan tetap (anggaran 2014)[19]
Adamstown
Kepulauan Turks dan CaicosKepulauan Lucayan, Lautan Atlantik Utara430 km2 (166 bt2)[20]32,000 (bancian 2006)[20]Cockburn Town
Kepulauan Virgin BritishCaribbean, Lautan Atlantik Utara"Vigilate" (Latin; "Jaga-jaga")153 km2 (59 bt2)[21]27,000 (anggaran 2005)[21]Road Town
MontserratCaribbean, Lautan Atlantik Utara"A people of excellence, moulded by nature, nurtured by God" (Rakyat cemerlang, dibentuk oleh alam, dipelihara oleh Tuhan)101 km2 (39 bt2)[22]4,655 (anggaran 2006)[22]Plymouth (ditinggalkan keran letusan gunung berapi—ibu kota de facto: Brades)
Saint Helena, Ascension dan Tristan da Cunha,
termasuklah:
Lautan Atlantik Selatan420 km2 (162 bt2)5,530 (keseluruhan; anggaran)Jamestown
Saint Helena"Loyal and Unshakeable" (Setia dan Tidak Goyah) (Saint Helena)4,255 (Saint Helena; bancian 2008)[23]
Pulau Ascension880 (Ascension; anggaran)[24]
1,000 bukan tetap (Ascension; anggota tentera UK; anggaran)[24]
Tristan da Cunha"Our faith is our strength" (Keyakinan kita adalah kekuatan kita) (Tristan da Cunha)300 (Tristan da Cunha; anggaran)[24]
9 bukan tetap (Tristan da Cunha; kakitangan kajicuaca)
Wilayah Antartik BritishAntartika"Research and discovery" (Penyelidikan dan penemuan)1,709,400 km2 (660,000 bt2)[7]0
50 bukan tetap pada musim sejuk, lebih 400 orang pada musim panas (kakitangan penyelidikan)[25]
Rothera (pangkalan utama)
Wilayah Lautan Hindi BritishLautan Hindi"In tutela nostra Limuria" (Latin; "Lemuria di bawah lindungan kita")46 km2 (18 bt2)[26]0
3,000 bukan tetap (anggota tentera UK dan AS; anggaran)[27]
Diego Garcia (pangkalan)
Keseluruhan1,727,570 km2s. 250,000

Rujukan

Catatan

Umum

Bacaan lanjut

  • Charles Cawley. Colonies in Conflict: The History of the British Overseas Territories (2015) 444pp
  • Harry Ritchie, The Last Pink Bits: Travels Through the Remnants of the British Empire (London: Hodder & Stoughton, 1997)
  • Simon Winchester, Outposts: Journeys to the Surviving Relics of the British Empire (London & New York, 1985)
  • George Drower, Britain's Dependent Territories (Dartmouth, 1992)
  • George Drower, Overseas Territories Handbook (London: TSO, 1998)
  • Ian Hendry dan Susan Dickson, "British Overseas Territories Law" (London: Hart Publishing, 2011)
  • Ben Fogle, The Teatime Islands: Adventures in Britain's Faraway Outposts (London: Michael Joseph, 2003)
  • Bonham C. Richardson (16 Januari 1992). The Caribbean in the Wider World, 1492–1992. Cambridge University Press. Dicapai pada 8 Disember 2010.

Pautan luar