Penerbangan 9525 Germanwings

Penerbangan 9525 Germanwings (4U9525/GWI18G)[4][a] adalah penerbangan antarabangsa berjadual dari Lapangan Terbang Barcelona–El Prat, Sepanyol ke Lapangan Terbang Düsseldorf, Jerman yang dikendalikan oleh Germanwings, iaitu sebuah syarikat penerbangan tambang murah milik Lufthansa. Pada 24 Mac 2015 pesawatnya iaitu Airbus A320-200, terhempas 100 kilometer (62 bt) di barat laut Nice, di pergunungan Alps Perancis setelah menjunam terus-menerus seminit selepas perhubungan rutin terakhir dengan kawalan trafik udara dan sejurus selepas pesawat berkenaan mencapai altitud jajap yang ditetapkan terhadapnya. Pendakwa raya Perancis, pihak berkuasa Perancis dan Jerman dan seorang jurucakap Germanwings mendakwa bahawa hempasan ini adalah disengajakan. Kesemua 144 penumpang dan enam anak pesawat terkorban.

Penerbangan 9525 Germanwings
D-AIPX, pesawat yang terlibat dalam kemalangan, gambar Mei 2014
Insiden
Tarikh24 Mac 2015 (2015-03-24)
RingkasanKemungkinan juruterbang bunuh diri; sedang disiasat
Tapak kejadianPrads-Haute-Bléone, Alpes-de-Haute-Provence, Perancis
44°16′48″N 6°26′20″E / 44.280083°N 6.438750°E / 44.280083; 6.438750 6°26′20″E / 44.280083°N 6.438750°E / 44.280083; 6.438750
Pesawat
Jenis pesawatAirbus A320-200
PengendaliGermanwings
Kod pendaftaranD-AIPX
Asal penerbanganLapangan Terbang Barcelona–El Prat, Barcelona, Sepanyol
DestinasiLapangan Terbang Düsseldorf, Düsseldorf, Jerman
Penumpang144[1]
Anak kapal6[1][2]
Kematian150 (all)[3]
Terselamat0

Catatan

Rujukan