Senarai penerima Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan

Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan (Svensk: Nobelpriset i fysiologi eller medicin) dianugerahkan setiap tahun oleh Institut Karolinska Sweden kepada para saintis dan doktor dalam pelabagai bidang fisiologi atau perubatan. Ia merupakan salah satu daripada lima Hadiah Nobel yang telah ditubuhkan mengikut wasiat 1895 Alfred Nobel (yang telah meninggal dunia pada tahun 1896), dianugerahkan bagi sumbangan cemerlang dalam kimia, fizik, kesusasteraan, keamanan dan fisiologi atau perubatan.[1] Seperti yang ditetapakan mengikut wasiat Nobel, anugerah ini ditadbir oleh Yayasan Nobel dan dianugerahkan oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada lima ahli dan seorang setiausaha eksekutif dipilih oleh Institut Karolinska.[2][3] Semetara secara amnya dirujuk kepada sebagai Hadiah Nobel dalam Perubatan, Nobel secara khususnya menyatakan yang hadiah ini dianugerahakan untuk "fisiologi atau perubatan" dalam wasiatnya. Disebabkan ini, hadiah ini boleh dianugerahkan dalam lebih luas bidang.[3] Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan pertama telah dianugerahkan pada tahun 1901 kepada Emil Adolf von Behring, dari Jerman. Setiap penerima menerima sebuah pingat, segulung diploma dan anugerah kewangan yang berbeza setiap tahun.[4] Pada tahun 1901, von Behring telah menerima 150,782 SEK, yang bersamaan dengan 7,731,004 SEK pada Disember 2008. Pada tahun 2013, hadiah ini telah dianugerahkan kepada James E. Rothman, Randy W. Schekman dan Thomas C. Südhof;[5] mereka diiktiraf "selepas menemui bagaimana sel-sel mengangkut bahan secara tepat".[6] Anugerah ini dianugerahkan di Stockholm di sebuah majlis tahunan pada 10 Disember, ulang tahun kematian Nobel.[7]

Penerima telah memenangi Hadiah Nobel dalam pelagai bidan yang berkaitan dengan fisiologi atau perubatan. Pada tahun 2009, 8 Hadiah telah dianugerahkan untuk sumbangan dalam bidang field of isyarat transduksi oleh G protein dan utusan kedua, 13 telah dianugerahkan dalam bidang neurobiologi dan 13 telah dianugerahkan untuk sumbangan dalam Metabolisme Perantara.[3] Gerhard Domagk (1939), warga Jerman, telah tidak dibenarkan oleh kerajaannya untuk menerima hadiah ini. Beliau kemudian telah menerima sebuah pingat dan diploma, tetapi bukanya wang.[8] Sebelas wanita telah memenangi hadiah ini: Gerty Cori (1947), Rosalyn Yalow (1977), Barbara McClintock (1983), Rita Levi-Montalcini (1986), Gertrude B. Elion (1988), Christiane Nüsslein-Volhard (1995), Linda B. Buck (2004), Françoise Barré-Sinoussi (2008), Elizabeth H. Blackburn (2009), Carol W. Greider (2009) dan May-Britt Moser[9] Pada 2013, hadiah ini telah dianugerahkan kepada 204 orang individu. Terdapat sembilan tahun di mana Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan telah tidak dianugerahkan (1915–1918, 1921, 1925, 1940–1942).

Penerima

Yang berikut adalah senarai penerima Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan semenjak diperkenalkan pada 1901 hingga sekarang.

TahunPenerima[A]Negara[B]Sebab[C]
1901 Emil Adolf von BehringJerman"sumbangannya kepada terapi serum, terutamanya kegunaannya untuk merawat difteria, yang mana beliau membuka jalan baru dalam bidang sains biologi dan dengan itu meletakkan senjata kemenangan terhadap penyakit dan maut di tangan para tabib."[10]
1902 Ronald RossUnited Kingdom"usahanya mengenai malaria, yang mana beliau menunjukkan bagaimana penyakit ini memasuki organisma dan dengan itu menyediakan asas kepada kejayaan penyakit ini dan cara-cara melawannya"[11]
1903 Niels Ryberg FinsenDenmark"sumbangannya kepada rawatan penyakit, terutamanya lupus vulgaris, dengan sinaran cahaya tumpu, yang dengannya membuka jalan baru untuk sains perubatan"[12]
1904 Ivan Petrovich PavlovRusia"pengiktirafan kepada usahanya dalam ilmu fisiologi pencernaan, yang dengannya pengetahuan aspek-aspek pentingnya telah diubah dan diperluaskan"[13]
1905 Robert KochJerman"penyelidikan dan penemuannya berkenaan penyakit tuberkulosis"[14]
1906 Camillo GolgiItali"pengiktirafan kepada usaha mereka dalam struktur sistem saraf"[15]
Santiago Ramón y CajalSepanyol
1907Charles Louis Alphonse LaveranPerancis"pengiktirafan kepada usahanya mengenali peranan protozoa dalam menyebabkan penyakit"[16]
1908 Ilya Ilyich MechnikovRusia"pengiktirafan kepada usaha mereka mengenai keimunan"[17]
Paul EhrlichJerman
1909 Emil Theodor KocherSwitzerland"usahanya dalam ilmu fisiologi, patologi dan pembedahan kelenjar tiroid"[18]
1910Albrecht KosselJerman"pengiktirafan kepada penyumbang pengetahuan kita mengenai kimia sel melalui usahanya mengenai protein, termasuk bahan-bahan nukleik"[19]
1911 Allvar GullstrandSweden"usahanya pada dioptrik mata"[20]
1912 Alexis CarrelPerancis"usahanya pada jahitan dan pemindahan salur darah dan organ"[21]
1913 Charles RichetPerancis"usahanya mengenai anafilaksis"[22]
1914 Robert BárányAustria"usahanya dalam ilmu fisiologi dan patologi radas vestibular"[23]
1915Tiada penghadiahan
1916
1917
1918
1919 Jules BordetBelgium"kerana penemuannya berkaitan keimunan"[24]
1920 Schack August Steenberg KroghDenmark"kerana penemuan mekanisme kawalan motor rerambut"[25]
1921Tiada penghadiahan
1922 Archibald Vivian HillUnited Kingdom"penemuannya berkaitan penghasilan haba dalam otot"[26]
Otto Fritz MeyerhofJerman"penemuan hubungan tetap antara penggunaan oksigen dan metabolisme asid laktik dalam otot"[26]
1923 Frederick Grant BantingKanada"penemuan insulin"[27]
John James Richard MacleodKanada
1924 Willem EinthovenBelanda"penemuan mekanisme elektrokardiogram"[28]
1925Tiada penghadiahan
1926 Johannes Andreas Grib FibigerDenmark"penemuan Spiroptera carcinoma"[29]
1927Julius Wagner-JaureggAustria"penemuan nilai terapeutik inokulasi malaria dalam rawatan dementia paralytica"[30]
1928 Charles Jules Henri NicollePerancis"usahanya mengenai tifus"[31]
1929 Christiaan EijkmanBelanda"penemuan vitamin antineuritik"[32]
Sir Frederick Gowland HopkinsUnited Kingdom"penemuan vitamin perangsang pertumbuhan"[32]
1930Karl LandsteinerAustria"penemuan kumpulan darah manusia"[33]
1931Otto Heinrich WarburgJerman"penemuan sifat dan ragam tindakan enzim pernafasan"[34]
1932 Sir Charles Scott SherringtonUnited Kingdom"penemuan mereka mengenai fungsi neuron"[35]
Edgar Douglas AdrianUnited Kingdom
1933 Thomas Hunt MorganAmerika Syarikat"penemuannya berkenaan peranan kromosom dalam keturunan"[36]
1934George Hoyt WhippleAmerika Syarikat"penemuan mereka berkenaan terapi hati apabila menghidap anemia"[37]
George Richards MinotAmerika Syarikat
William Parry MurphyAmerika Syarikat
1935Hans SpemannJerman"penemuan kesan pengelola dalam perkembangan embrio"[38]
1936Sir Henry Hallett DaleUnited Kingdom"penemuan mereka berkenaan transmisi kimia impuls saraf"[39]
Otto LoewiAustria
1937 Albert Szent-Györgyi von NagyrapoltHungary"penemuannya berhubungan proses-proses pembakaran biologi, khususnya vitamin C dan pemangkinan asid fumarik"[40]
1938Corneille Jean François HeymansBelgium"penemuan peranan sinus dan mekanisme aorta dalam pengawalan pernafasan"[41]
1939Gerhard DomagkJerman"penemuan kesan antibakteria oleh prontosil"[42]
1940Tiada penghadiahan
1941
1942
1943Carl Peter Henrik DamDenmark"penemuan vitamin K"[43]
Edward Adelbert DoisyAmerika Syarikat"penemuan sifat kimia vitamin K"[43]
1944Joseph ErlangerAmerika Syarikat"penemuan mereka berkaitan fungsi-fungsi serat saraf tunggal yang berbeza-beza"[44]
Herbert Spencer GasserAmerika Syarikat
1945 Sir Alexander FlemingUnited Kingdom"penemuan penisilin dan kesan penyembuhan pelbagai penyakit berjangkit"[45]
Ernst Boris ChainUnited Kingdom
Howard Walter FloreyAustralia
1946Hermann Joseph MullerAmerika Syarikat"pengemuan penghasilan mutasi melalui penyinaran sinar X"[46]
1947 Carl Ferdinand CoriAmerika Syarikat"penemuan perjalanan penukaran glikogen bermangkin"[47]
Gerty Theresa Cori, née RadnitzAmerika Syarikat
Bernardo Alberto HoussayArgentina"penemuan peranan hormon lobus pituitari anterior dalam metabolisme gula"[47]
1948Paul Hermann MüllerSwitzerland"penemuan kecekapan tinggi DDT sebagai racun sentuh terhadap sesetengah artropod"[48]
1949Walter Rudolf HessSwitzerland"penemuan organisasi fungsi otak tengah sebagai penyelaras aktiviti organ-organ dalaman"[49]
Antonio Caetano De Abreu Freire Egas MonizPortugal"penemuan nilai terapeutik lobotomi dalam psikosis tertentu"[49]
1950Philip Showalter HenchAmerika Syarikat"penemuan mereka berkaitan hormon korteks adrenal, struktur dan kesan biologinya"[50]
Edward Calvin KendallAmerika Syarikat
Tadeusz ReichsteinSwitzerland
1951Max TheilerKesatuan Afrika Selatan"penemuannya berkenaan demam kuning dan cara pencegahannya"[51]
1952 Selman Abraham WaksmanAmerika Syarikat"penemuan streptomisin, antibiotik pertama yang berkesan melawan tuberkulosis"[52]
1953Hans Adolf KrebsUnited Kingdom"penemuan kitaran asid sitrik"[53]
Fritz Albert LipmannAmerika Syarikat"penemuan koenzim A dan kepentingannya untuk metabolisme perantaraan"[53]
1954John Franklin EndersAmerika Syarikat"penemuan kebolehan virus poliomielitis bertumbuh dalam kultur pelbagai jenis tisu"[54]
Frederick Chapman RobbinsAmerika Syarikat
Thomas Huckle WellerAmerika Syarikat
1955Axel Hugo Theodor TheorellSweden"penemuannya berkenaan sifat cara tindakan enzim pengoksidaan"[55]
1956André Frédéric CournandAmerika Syarikat"penemuan mereka berkenaan pengkateteran jantung dan perubahan patologi dalam sistem peredaran"[56]
Werner ForssmannRepublik Persekutuan Jerman
Dickinson W. RichardsAmerika Syarikat
1957Daniel BovetItali"penemuannya berkaitan sebatian sintetik yang menghalang tindakan bahan-bahan badan tertentu, khususnya tindakannya pada sistem vaskular dan otot rangka"[57]
1958George Wells BeadleAmerika Syarikat"penemuan mereka bahawa gen bertindak dengan mengawal kejadian kima tertentu"[58]
Edward Lawrie TatumAmerika Syarikat
Joshua LederbergAmerika Syarikat"penemuannya berkenaan gabungan semula genetik dan organisasi bahan genetik bakteria"[58]
1959 Arthur KornbergAmerika Syarikat"penemuan mekanisme dalam sintesis biologi asid ribonukleik dan asid deoksibonukleik"[59]
Severo OchoaAmerika Syarikat
1960 Sir Frank Macfarlane BurnetAustralia"penemuan tolerans imunologi perolehan"[60]
Peter Brian MedawarUnited Kingdom
1961Georg von BékésyAmerika Syarikat"penemuan mekanisme rangsangan fizikal dalam koklea"[61]
1962 Francis Harry Compton CrickUnited Kingdom"penemuan mereka berkenaan struktur molekul asid nukleik dan kepentingannya untuk pemindahan maklumat dalam bahan hidup"[62]
James Dewey WatsonAmerika Syarikat
Maurice Hugh Frederick WilkinsNew Zealand
United Kingdom
1963Sir John Carew EcclesAustralia"penemuan mereka berkenaan mekanisme ionik yang terlibat dalam pengujaan dan perencatan dalam bahagian periferi dan tengah membran sel saraf"[63]
Alan Lloyd HodgkinUnited Kingdom
Andrew Fielding HuxleyUnited Kingdom
1964Konrad BlochAmerika Syarikat"penemuan mereka berkenaan mekanisme dan pengawalan kolesterol dan metabolisme asid lemak"[64]
Feodor LynenRepublik Persekutuan Jerman
1965François JacobPerancis"penemuan mereka berkenaan kawalan enzim genetik dan sintesis virus"[65]
André LwoffPerancis
Jacques MonodPerancis
1966Peyton RousAmerika Syarikat"penemuan virus penyebab tumor"[66]
Charles Brenton HugginsAmerika Syarikat"penemuannya berkenaan rawatan hormon bagi penyakit barah prostat"[66]
1967Ragnar GranitSweden"penemuan mereka berkenaan proses penglihatan fisiologi dan kimia utama dalam mata"[67]
Haldan Keffer HartlineAmerika Syarikat
George WaldAmerika Syarikat
1968Robert W. HolleyAmerika Syarikat"pentafsiran kod genetik dan fungsinya dalam sintesis protein"[68]
Har Gobind KhoranaIndia
Marshall W. NirenbergAmerika Syarikat
1969 Max DelbrückAmerika Syarikat"penemuan mereka berkenaan mekanisme replikasi dan struktur genetik virus"[69]
Alfred D. HersheyAmerika Syarikat
Salvador E. LuriaAmerika Syarikat
1970 Julius AxelrodAmerika Syarikat"penemuan mereka berkenaan penghantaran humoral dalam terminal saraf dan mekanisme penyimpanan, pengeluaran dan pentakaktifannya"[70]
Ulf von EulerSweden
Sir Bernard KatzUnited Kingdom
1971Earl W. Sutherland, Jr.Amerika Syarikat"penemuannya berkenaan mekanisme tindakan-tindakan hormon"[71]
1972Gerald M. EdelmanAmerika Syarikat"penemuan mereka berkenaan struktur kimia antibodi"[72]
Rodney R. PorterUnited Kingdom
1973Karl von FrischRepublik Persekutuan Jerman"penemuan mereka berkenaan organisasi dan pemerolehan corak perilaku individu dan sosial"[73]
Konrad LorenzAustria
Nikolaas TinbergenUnited Kingdom
1974Albert ClaudeBelgium"penemuan mereka berkenaan organisasi struktur dan fungsi sel"[74]
Christian de DuveBelgium
George E. PaladeAmerika Syarikat
1975 David BaltimoreAmerika Syarikat"penemuan mereka berkenaan interaksi antara virus tumor dan bahan genetik sel"[75]
Renato DulbeccoAmerika Syarikat
Howard Martin TeminAmerika Syarikat
1976Baruch S. BlumbergAmerika Syarikat"penemuan mereka berkenaan mekanisme baru untuk asal-usul dan penyebaran penyakit berjangkit"[76]
D. Carleton GajdusekAmerika Syarikat
1977Roger GuilleminAmerika Syarikat"penemuan mereka berkenaan penghasilan hormon peptida dalam otak"[77]
Andrew V. SchallyAmerika Syarikat
Rosalyn YalowAmerika Syarikat"pembangunan radioimunoassai hormon peptida"[77]
1978 Werner ArberSwitzerland"penemuan enzim pembatasan dan aplikasinya dalam masalah genetik molekul"[78]
Daniel NathansAmerika Syarikat
Hamilton O. SmithAmerika Syarikat
1979Allan M. CormackAmerika Syarikat"pembangunan tomografi bantuan komputer"[79]
Godfrey N. HounsfieldUnited Kingdom
1980Baruj BenacerrafAmerika Syarikat"penemuan mereka berkenaan struktur ditentu genetik pada permukaan sel yang mengawal tindak balas imunologi"[80]
Jean DaussetPerancis
George D. SnellAmerika Syarikat
1981Roger W. SperryAmerika Syarikat"penemuannya berkenaan pengkhususan fungsi hemisfera serebrum"[81]
David H. HubelAmerika Syarikat"penemuan mereka berkenaan pemprosesan maklumat dalam sistem penglihatan"[81]
Torsten N. WieselSweden
1982Sune K. BergströmSweden"penemuan mereka berkenaan prostaglandin dan bahan-bahan aktif biologi yang berkaitan"[82]
Bengt I. SamuelssonSweden
John R. VaneUnited Kingdom
1983Barbara McClintockAmerika Syarikat"penemuan unsur-unsur genetik bergerak"[83]
1984Niels K. JerneDenmark"teori-teori berkenaan kekhususan dalam pembangunan dan kawalan sistem imun serta penemuan prinsip penghasilan antibodi monoklon"[84]
Georges J.F. KöhlerRepublik Persekutuan Jerman
César MilsteinArgentina
United Kingdom
1985 Michael S. BrownAmerika Syarikat"penemuan mereka berkenaan pengawalan metabolisme kolesterol"[85]
Joseph L. GoldsteinAmerika Syarikat
1986 Stanley CohenAmerika Syarikat"penemuan faktor pertumbuhan"[86]
Rita Levi-MontalciniItali
Amerika Syarikat
1987Susumu TonegawaJepun"penemuan prinsip genetik penjanaan kepelbagaian antibodi"[87]
1988Sir James W. BlackUnited Kingdom"penemuan prinsip-prinsip penting untuk rawatan perubatan"[88]
Gertrude B. ElionAmerika Syarikat
George H. HitchingsAmerika Syarikat
1989J. Michael BishopAmerika Syarikat"penemuan asal-usul punca sel onkogen retrovirus"[89]
Harold E. VarmusAmerika Syarikat
1990Joseph E. MurrayAmerika Syarikat"penemuan mereka berkenaan pemindahan organ dan sel dalam rawatan penyakit manusia"[90]
E. Donnall ThomasAmerika Syarikat
1991 Erwin NeherRepublik Persekutuan Jerman"kerana penemuan mereka berkenaan fungsi saluran ion tunggal dalam sel"[91]
Bert SakmannRepublik Persekutuan Jerman
1992Edmond H. FischerSwitzerland
Amerika Syarikat
"kerana penemuan mereka berkenaan pemfosforilan protein berbalik sebagai mekanisme kawalan biologi"[92]
Edwin G. KrebsAmerika Syarikat
1993Richard J. RobertsUnited Kingdom"penemuan gen terbelah"[93]
Phillip A. SharpAmerika Syarikat
1994Alfred G. GilmanAmerika Syarikat"penemuan G-protein dan peranan protein ini dalam transduksi isyarat dalam sel"[94]
Martin RodbellAmerika Syarikat
1995Edward B. LewisAmerika Syarikat"penemuan mereka berkenaan kawalan genetik pada awal perkembangan embrio"[95]
Christiane Nüsslein-VolhardRepublik Persekutuan Jerman
Eric F. WieschausAmerika Syarikat
1996Peter C. DohertyAustralia"penemuan mereka berkenaan kekhususan pertahanan imun berantara sel"[96]
Rolf M. ZinkernagelSwitzerland
1997Stanley B. PrusinerAmerika Syarikat"penemuan Prion - prinsip jangkitan biologi yang baru"[97]
1998Robert F. FurchgottAmerika Syarikat"penemuan mereka berkenaan oksida nitrik sebagai molekul pengisyaratan dalam sistem kardiovaskular"[98]
Louis J. IgnarroAmerika Syarikat
Ferid MuradAmerika Syarikat
1999 Günter BlobelAmerika Syarikat"penemuan bahahwa protein mempunyai isyarat intrinsik yang mengawal pengangkutan dan penyetempatannya dalam sel"[99]
2000Arvid CarlssonSweden"penemuan mereka berkenaan transduksi isyarat dalam sistem saraf"[100]
Paul GreengardAmerika Syarikat
Eric R. KandelAmerika Syarikat
2001Leland H. HartwellAmerika Syarikat"penemuan pengawal utama kitaran sel"[101]
Tim HuntUnited Kingdom
Sir Paul M. NurseUnited Kingdom
2002Sydney BrennerUnited Kingdom"penemuan mereka berkenaan 'pengawalan genetik perkembangan organ dan kamtian sel terancang'"[102]
H. Robert HorvitzAmerika Syarikat
John E. SulstonUnited Kingdom
2003Paul LauterburAmerika Syarikat"penemuan mereka berkenaan pengimejan resonans magnetik"[103]
Sir Peter MansfieldUnited Kingdom
2004Richard AxelAmerika Syarikat"penemuan penerima bau dan organisasi sistem olfaktori"[104]
Linda B. BuckAmerika Syarikat
2005Barry J. MarshallAustralia"penemuan bakteria Helicobacter pylori dan peranannya dalam gastritis dan penyakit ulser peptik"[105]
J. Robin WarrenAustralia
2006 Andrew Z. FireAmerika Syarikat"penemuan gangguan RNA - pelenyapan gen oleh RNA bebenang ganda dua"[106]
Craig C. MelloAmerika Syarikat
2007 Mario R. CapecchiAmerika Syarikat"penemuan prinsip-prinsip memasukkan pengubahsuaian gen tertentu dalam tikus melalui penggunaan sel dasar embiro."[107]
Sir Martin J. EvansUnited Kingdom
Oliver SmithiesAmerika Syarikat
2008 Harald zur HausenJerman"penemuan virus papiloma manusia yang menyebabkan penyakit barah serviks"[108]
Françoise Barré-SinoussiPerancis"penemuan virus kurang daya tahan manusia"[108]
Luc MontagnierPerancis
2009 Elizabeth H. BlackburnAmerika Syarikat
Australia
"penemuan cara kromosom dilindungi oleh telomer dan enzim telomeras"[109]
Carol W. GreiderAmerika Syarikat
Jack W. SzostakAmerika Syarikat
United Kingdom
2010Robert G. EdwardsUnited Kingdom"pembangunan persenyawaan in vitro"[110]
2011
Bruce A. BeutlerAmerika Syarikat"atas penemuan mereka berkenaan pengaktifan keimunan semula jadi"[111]
Jules A. HoffmannPerancis
Ralph M. SteinmanKanada
Amerika Syarikat
"kerana menemui sel dendritik dan peranannya dalam keimunan adaptif"[111]
(dianugerahi selepas meninggal)[112][113]
2012 Sir John B. GurdonUnited Kingdom"kerana menemui bahawa sel matang boleh diaturcarakan semula agar menjadi pluripoten"[114]
Shinya YamanakaJepun
2013James E. RothmanAmerika Syarikat"kerana menemui mekanisme yang mengawal lalu lintas vesikel, iaitu suatu sistem saluran utama di dalam sel-sel kita."[5]
Randy W. SchekmanAmerika Syarikat
Thomas C. SüdhofJerman
Amerika Syarikat
2014 John O'KeefeAmerika Syarikat
United Kingdom
"atas penemuan sel-sel yang menganggotai sistem pemposisian dalam otak"
May-Britt MoserNorway
Edvard I. MoserNorway
2015 William C. CampbellAmerika Syarikat

Ireland

"atas penemuan terapi untuk jangkitan-jangkitan berkaitan cacing-cacing parasit"
Satoshi ŌmuraJepun
Tu YouyouChina"atas penemuan terapi untuk malaria"
2016 Yoshinori OhsumiJepun"atas penemuan mekanisma-mekanisma dalam autofagi"
2017 Jeffrey C. HallAmerika Syarikat"untuk penemuan mekanisma-mekanisma molekul yang mengawal ritma sirkadian"
Michael RosbashAmerika Syarikat
Michael W. YoungAmerika Syarikat
2018 James P. AllisonAmerika Syarikat"untuk penemuan dalam terapi kanser melalui penghalangan pengawalautran keimunan negatif"[115]
Tasuku HonjoJepun
2019 William Kaelin Jr.Amerika Syarikat"untuk penemuan tentang bagaimana sel mengesan dan menyesuaikan diri terhadap kewujudan oksigen"[116]
Peter J. RatcliffeUnited Kingdom
Gregg L. SemenzaAmerika Syarikat
2020 Harvey J. AlterAmerika Syarikat"untuk penemuan virus hepatitis C"[117]
Michael HoughtonUnited Kingdom
Charles M. RiceAmerika Syarikat
2021 David JuliusAmerika Syarikat"untuk penemuan reseptor bagi suhu dan sentuhan"[118]
Ardem PatapoutianAmerika Syarikat

Lubnan

Rujukan

Catatan

Petikan

Sumber

Pautan luar