Kesatuan Afrika

Kesatuan Afrika (bahasa Inggeris: African Union) merupakan sebuah pertubuhan kesatuan benua menggabungkan 48+ buah negara benua Afrika. AU diasaskan pada tahun 2001 di Addis Ababa, Habsyah dan dilancarkan di Durban, Afrika Selatan[5] hasil Perjanjian Sirte untuk menggantikan Komuniti Ekonomi Afrika (AEC) dan Pertubuhan Perpaduan Afrika (OAU). Pertubuhan ini berhasrat mengimplementasikan sistem satu mata wang, serta institusi-institusi kesatuan termasuk satu Ketua AU.

Kesatuan Afrika
Senarai
  • Arab: الاتحاد الإفريقي
  • bahasa Inggeris: African Union
  • Perancis: Union africaine
  • Portugis: União Africana
  • Swahili: Umoja wa Afrika
Flag of the African Union
Bendera
Lagu kebangsaan"Let Us All Unite and Celebrate Together"[1]
An orthographic projection of the world, highlighting the African Union and its member states (green).
Hijau tua: negara ahli
Pusat politik
Urban aglomerasiKaherah
Bahasa kerja
JenisKesatuan benua
Keanggotaan48+ buah negara
Pemimpin
• Pengerusi
Mohamed Ould Ghazouani
• Pengerusi Jawatankuasa
Moussa Faki[2]
• Presiden Parlimen
Fortune Charumbira
Badan perundanganParlimen Se-Afrika
Pendirian
• Piagam OAU
25 Mei 1963; 60 tahun yang lalu (1963-05-25)
• Perjanjian Abuja
3 Jun 1991
• Perisytiharan Sirte
9 September 1999
• Penubuhan
9 Julai 2002
Keluasan
• Jumlah
29,922,059[3] km2 (11,552,972 bt2)
Populasi
• Perkiraan 2020
1,321,000,000[note 2]
KDNK (PPP)2020
• Jumlah
$7.573 trillion[4][note 3]
$5,733[4]
KDNK (nominal)2020
•  Jumlah
$2.587 trillion[4][note 4]
$1,958[4]
HDI (2019)0.548
rendah
DPT internet.africac
Laman web rasmi
au.int
  • a Seat of the African Union Commission.
  • b Seat of the Pan-African Parliament.
  • c Proposed.

Kesatuan Afrika berperanan menjamin demokrasi, hak asasi manusia dan ekonomi yang mapan dengan menamatkan konflik-konflik kemanusiaan di dalam benua Afrika. Terdapat seberapa lembaga penting dalam kesatuan ini seperti Majlis Keamanan dan Keselamatan serta Parlimen Se-Afrika.[6]

Keahlian

Peta Kesatuan Afrika dengan ahli digantung diserlahkan dalam hijau muda

Ahli semasa[7]

Ahli digantung

Bekas ahli

Sistem organisasi

Badan tertinggi AU ialah Perhimpunan Kesatuan Afrika Diarkibkan 2006-05-22 di Wayback Machine yang dianggotai oleh ketua-ketua negara atau kerajaan Afrika. Perhimpunan Kesatuan Afrika mengadakan persidangan sebanyak sekali setahun.

Badan pentadbiran eksekutif (sekretariat) AU ialah Suruhanjaya AU Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine. Suruhanjaya ini dibahagikan kepada jabatan-jabatan yang diarah oleh pesuruhjaya-pesuruhjaya. Suruhanjaya AU diketuai oleh seorang Pengerusi, iaitu Alpha Oumar Konaré dari Mali.

Institusi perundangan pula ialah Parlimen Se-Afrika yang mempunyai kuasa perundingan dan penasihatan sahaja. Selepas 2009, badan ini akan diberikan kuasa perundangan yang penuh. Presiden Parlimen Se-Afrika ialah Gertrude Mongella dari Tanzania.

Persidangan Kemuncak

No.TempatTarikh
1DurbanAfrika Selatan9-11 Julai 2002
2MaputoMozambique10-11 Julai 2003
*SirteLibyaFebruari 2004
3Addis AbabaHabsyah6-8 Julai 2004
4AbujaNigeria24-31 Januari 2005
5SirteLibya28 Jun - 5 Julai 2005
6KhartoumSudan16-24 Januari 2006
7BanjulThe Gambia25 Jun - 2 Julai 2006
8Addis AbabaHabsyah22-30 Januari 2007
9AccraGhana25/26 Jun - 3/4 Julai 2007

Nota

Rujukan