Portal:Muhyiddin Yassin/Biografi



Muhyiddin Haji Mohd Yassin


PSM (Persekutuan); SPMJ (Johor);
SHMS (Kedah); SPSA (Perak);
SPMP (Perlis); SUNS (Negeri Sembilan);
SPDK (Sabah); DUNM (Melaka);
DP, PNBS (Sarawak);
SMJ, PIS (II), BSI (II) (Johor);
AP; ADUN;
Plaque of the City of Sarajevo (Bosnia);
Honorary Doctorate of Litterature (BFSU);
International Honorary Doctorate (USSA)
محي الدين بن محمد ياسين

Ketua
Ahli Parlimen
Perikatan Nasional

Dewan Rakyat Malaysia
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Yang di-Pertuan Agong
Senarai
Yang di-Pertua Dewan RakyatKedah Johari Abdul (2022-2024)
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin
Timbalan Ketua
Ahli Parlimen
Perikatan Nasional
Abdul Hadi Awang
Didahului olehPenyandang Sulung
Digantikan olehMasih Menyandang

Ahli Parlimen Malaysia
untuk Pagoh
Johor Darul Ta'zim
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Yang di-Pertuan Agong
Senarai
Yang di-Pertua Dewan RakyatKedah Johari Abdul (2022-2024)
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Digantikan olehMasih Menyandang
Kawasan pilihan rayaJohor Muar Pagoh
Lihat senarai
Majoriti 10,007 (2022)
Dalam jawatan
16 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
Yang di-Pertuan Agong Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2019-2024)
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Lihat senarai
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Digantikan olehMasih Menyandang
Kawasan pilihan rayaJohor Muar Pagoh
Lihat senarai
Majoriti 6,927 (2018)

Bekas Perdana Menteri Malaysia
ke-8
Memegang jawatan
21 Ogos 2021
(2 tahun, 253 hari)
Yang di-Pertuan Agong Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2019-2024)
Perdana Menteri
Pegawai KhasMohd Naaim Mahmod

Pengerusi
Parti Perikatan Nasional
Memegang jawatan
17 Ogos 2020
(2 tahun, 257 hari)
Yang di-Pertuan Agong Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2019-2024)
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Pengerusi
Didahului olehJawatan Baharu
Digantikan olehMasih Menyandang

Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Memegang jawatan
16 Julai 2020
(3 tahun, 289 hari)
Yang di-Pertuan Agong Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2019-2024)
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Presiden Ahmad Faizal Dato' Azumu
Naib Presiden
Didahului oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan olehMasih Menyandang

Pengerusi
Majlis Pemulihan Negara
Dalam jawatan
1 September 2021 – 10 Oktober 2022
Yang di-Pertuan Agong Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2019-2024)
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Ketua Pegawai EksekutifSulaiman Mahbob
Didahului oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan oleh Anwar Ibrahim

Ahli Parlimen Malaysia
untuk Pagoh
Johor Darul Ta'zim
Dalam jawatan
16 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
Yang di-Pertuan Agong Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2019-2024)
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Didahului oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan olehMasih Menyandang
Kawasan pilihan rayaJohor Muar Pagoh
Lihat senarai
Majoriti 6,927 (2018)

Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Gambir
Dalam jawatan
16 Ogos 2021 – 22 Januari 2022
(159 hari)
Yang di-Pertuan Agong Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2019-2024)
Sultan Sultan Ibrahim
(2010-2024)
Yang di-Pertua Dewan Negeri Suhaizan Kaiat (2018-2022)
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Besar
Didahului oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan oleh Sahrihan Jani
Kawasan pilihan rayaJohor Gambir
Lihat senarai
Majoriti 3,088 (2018)
Butiran peribadi
Sebutanmuhjɪddɪn bɪn ˈmuɦɑmmæd jɑ̀ssɪn
LahirMahiaddin bin Md Yasin[1]
ما هيا الدين بن مد ياسين

(1947-05-15)15 Mei 1947
(76 tahun, 11 bulan dan 15 hari)
Muar Muar
Johor Johor Darul Ta'zim
Malayan Union
(kini Malaysia Malaysia)
KewarganegaraanMalaysia Malaysia
KerakyatanMalaysia Malaysia
Parti politik
Lihat senarai
Sekutu gabungan
politik lain
Tinggi1.65 m (5 ka 5 in)
PasanganMuar Noorainee Haji Abdul Rahman (umur 72) (Berkahwin sejak
22 September 1972) (51 tahun, 221 hari)
Anak-anak
Lihat senarai
IbuMuar Khadijah Haji Kassim
BapaMelaka Muhammad Yassin Haji Muhammad
Saudara
Lihat senarai
Hubungan
Kediaman
PendidikanIjazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971)
Alma mater
Universiti Malaya
Pekerjaan Perdana Menteri
Ahli Parlimen
Ahli Dewan Negeri
ProfesionAhli Politik
Dikenali keranaDilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8
GajiRM22,826.65
Nilai bersihRM14,365,140.65
KabinetKabinet Malaysia 2021
JawatankuasaJawatankuasa Pemilih
PortfolioPejabat Perdana Menteri Malaysia
AnugerahPanglima Setia Mahkota
Lihat Senarai
PendapatanRM1,258,099.80
AgamaIslam
Keluarga
Lihat senarai
    • Bonda Hajah Maznah Haji Daud
    • Mustapha
    • Ahmad
    • Muhammad
    • Haron
    • Abd Ghaffar
    • Abd Hamid
    • Adilah
    • Abd Rahman
    • Bonda Hajah Khadijah Haji Kassim
    • Norani
    • Abdul Aziz
    • Ismail
    • Shaarani
    • Abdullah
    • Fadhillah
    • Rohana
    • Mahiaddin
    • Sahid
    • Fatimah
    • Bonda Hajah Sapiah Haji Abdullah
    • Alaudin
    • Faridah
    • Aliah
    • Tahirah
    • Ghaffor
    • Rashidin
    • Raeha
    • Mazfar
    • Raihan
    • Ajib
    • Khalilah
    • Dorra
    • Horra
    • Haniah
    • Redza
    • Zaherah
    • Rahibah
    • Rabihah
    • Mohd Adi
    • Yasir
    • Nasri
    • Bonda Hajah Kintan Haji Ibrahim
    • Shaharuddin
    • Kamaruddin
    • Abd Hai
    • Salehuddin
    • Fadzillah
    • Baharuddin
    • Shahariah
    • Badaruddin
HobiGolf
Nama samaranAbah
MajikanKerajaan Malaysia
Kampung asalKampung Haji Mohd Yassin
Batu 1 1/4 Jalan Bakri
Bandar Maharani
 Muar
Johor Johor Darul Ta'zim
PangkatYang Berhormat
Tan Sri Ahli Parlimen Pagoh
Terma21 Ogos 2021
Laman web rasmiPejabat Perdana Menteri Malaysia
Pelan Pemulihan Negara
Parti Perikatan Nasional
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Tandatangan
Jawatan Terdahulu

Yang Berhormat[2][3] Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin (Tulisan Jawi: محي الدين بن محمد ياسين), (IPA: muhjɪddɪn bɪn ˈmuɦɑmmæd jɑ̀ssɪn), PSM; SPMJ; SHMS; SPSA; SPMP; SUNS; SPDK; DUNM; DP; PNBS; SMJ; PIS (II); BSI (II); Plaque of the City of Sarajevo, (lebih dikenali sebagai Tan Sri Muhyiddin Yassin atau ringkasnya, TSMY), lahir sebagai Mahiaddin bin Md Yasin pada hari Khamis, (1947-05-15) 15 Mei 1947 (umur 76) bersamaan dengan 24 Jamadilakhir 1366 Hijrah, adalah merupakan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Malaysia, sebuah majlis yang diasaskan oleh beliau atas cadangan Mahathir Mohamad yang dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob bagi meneruskan tugas memulihkan negara dari ancaman wabak COVID-19 selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia disebabkan kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14. Jawatan tersebut merupakan lantikan sebagai Pengerusi bertaraf Menteri. Beliau telah menerima tawaran tersebut secara sukarela dan enggan menerima sebarang imbuhan di atas tanggungjawab yang diberikan.

Beliau juga merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 yang telah dilantik pada 1 Mac 2020 lalu dalam Kerajaan Perikatan Nasional dan telah meletakkan jawatan pada 16 Ogos 2021 akibat kehilangan majoriti sokongan Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14 oleh 15 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu bersama 105 orang Ahli Parlimen dari pihak Pembangkang yang terdiri daripada Pakatan Harapan, Parti Warisan Sabah, Parti Pejuang Tanah Air, Parti Sarawak Bersatu, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu dan Bebas. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan dari 16 Ogos 2021 hingga 20 Ogos 2021 lalu.[4][5]

Ketika beliau menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, sifat keprihatinan terhadap rakyat Malaysia yang ditonjolkan, menyebabkan beliau dikenali sebagai Bapa Prihatin Malaysia dan lebih dikenali dalam masyarakat sebagai Abah.[6]

Sebagai wakil rakyat, beliau adalah merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan P143 Pagoh, Johor Darul Ta'zim dan Ahli Dewan Negeri bagi kawasan N09 Gambir, Johor Darul Ta'zim. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama yang mempunyai dua kerusi di peringkat Persekutuan dan Negeri dalam masa yang sama, iaitu kerusi di Dewan Rakyat Malaysia dan di Dewan Negeri Johor. Di peringkat parti politik, beliau adalah Pengerusi Parti Perikatan Nasional dan juga merupakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Sebelum itu, beliau adalah mantan Menteri Dalam Negeri Malaysia dalam Kerajaan Persekutuan Malaysia yang diterajui oleh parti Pakatan Harapan.[7] Beliau juga merupakan mantan Timbalan Presiden Pakatan Harapan.

Jawatan terakhir beliau dalam Kabinet Malaysia 2013 adalah sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 dan Menteri Pendidikan I dalam Kerajaan Persekutuan Malaysia yang diterajui oleh parti Barisan Nasional.

Antara jawatan yang beliau pernah sandang ketika berkhidmat di peringkat Jemaah Menteri sejak tahun 1995 sehingga 2015 adalah Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Pelajaran dan Menteri Pendidikan I. Selain daripada itu, beliau juga adalah mantan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional dan mantan Timbalan Presiden UMNO.

Semasa menjadi Ahli Dewan Negeri Bukit Serampang pada tahun 1986 sehingga 1995, beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim.

Kehidupan Awal كهيدوڤن اول

Asal

Beliau merupakan Orang Melayu Johor yang berasal dari Bandar Maharani, Muar, Johor Darul Ta'zim dan merupakan salah seorang daripada 47 orang anak seorang ulama terkenal di Muar, iaitu Tuan Haji Muhammad Yassin bin Haji Muhammad dan isteri kedua daripada empat orang isteri, iaitu Puan Hajah Khadijah binti Haji Kassim.

Pendidikan

Sekolah Tinggi Muar atau Government English School Muar tempat beliau belajar bersama Tan Sri Abdul Ghani Othman

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani dan Ismail School (sekolah aliran Inggeris) serta Government English School di Muar (sekolah menengah) bersama Tan Sri Abdul Ghani Othman. Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya pada tahun 1967 dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).[8]

Semasa di alam pembelajaran di peringkat rendah hingga ke universiti, beliau tidak terkelompok dalam kumpulan pintar atau genius.[9]Beliau adalah seorang siswa biasa tetapi amat tekun dan kuat berusaha.

Beliau sangat berminat membaca dan sering meluangkan waktu dan menghabiskan waktu dengan membaca. Beliau seolah-olah ketagih membaca atau seperti ulat buku meskipun bukan mengenai bidang kursus yang diikutinya. Beliau mempunyai pengetahuan luas[10] tetapi beliau tidak memperlihatkannya dalam tutur kata atau ketika berhujah. Beliau adalah seorang yang pendiam tetapi amat suka mendengar dan memberi tumpuan dalam sesuatu perbincangan. Beliau sentiasa berjaya menyelesaikan sesuatu persoalan dan masalah para sahabat dengan tindakan yang cepat dan kelihatan begitu mudah.[11]

Keluarga كلوارڬ

Isteri, Anak dan Cucu

Tan Sri Muhyiddin telah mendirikan rumahtangga pada tanggal 22 September 1972 yang lalu. Hasil daripada perkongsian hidup beliau bersama Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Abdul Rahman, mereka telah dikurniakan 4 orang anak, 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan, iaitu Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin, (berkahwin dengan Datin Fara Ikma Tan Sri Haji Abdul Rahim), seorang tokoh korporat dan berjawatan sebagai Pengerusi Eksekutif; Datin Sri Nabilah Mahiaddin, (berkahwin dengan Dato' Sri Muhamad Adlan Berhan);[12]Najwa Mahiaddin, (berkahwin dengan Encik Idris Koh Keng Hui),[13] seorang penyanyi dan Farhan Yassin Mahiaddin, juga seorang penyanyi, juga dikenali sebagai Moslem Priest.[14] Beliau juga telah dikurniakan dengan 6 orang cucu perempuan dan 1 orang cucu lelaki.[15]

Ayahanda dan Bonda

Ayahanda beliau yang bernama Haji Muhammad Yassin bin Haji Muhammad bin Sakih, PIS II, ialah seorang ulamak terkenal[16] di Bandar Maharani Bandar Diraja, Muar, Johor Darul Ta'zim, dikatakan beliau dilahirkan di Tanjung Bidara, Melaka dan keluarga beliau berasal dari Siak, Riau, Sumatera, Indonesia, berketurunan India Muslim dari India dan Arab dari Hadramaut serta Bugis mengikut apa yang diceritakan oleh isteri beliau,[17] Allahyarhamah Hajah Kintan.

Moyang lelaki beliau, Haji Sakih adalah merupakan seorang pedagang India Muslim dari India yang berdagang di Sumatera. Mereka terpaksa berhijrah ke Melaka kerana serangan tentera Belanda di sana. Haji Muhammad Yassin bin Haji Muhammad dilahirkan tidak lama selepas mereka berhijrah ke Melaka.

Hasil perkongsian hidup ayahanda beliau dengan 4 orang isterinya, mereka dikurniakan dengan 47 orang anak dengan isteri pertama 8 orang anak, isteri kedua 10 orang anak, isteri ketiga 21 orang anak dan isteri keempat 8 orang anak.

Isteri pertama ayahanda beliau ialah Allahyarhamah Hajah Maznah binti Haji Daud, isteri kedua, Allahyarhamah Hajah Khadijah binti Haji Kassim (ibu kandung Tan Sri Muhyiddin) berketurunan Jawa, Allahyarhamah Hajah Sapiah binti Haji Abdullah (isteri ketiga) dan Allahyarhamah Hajah Kintan binti Haji Ibrahim (isteri keempat).[18]

Keluarga Allahyarham Haji Muhammad Yassin yang ramai bilangan ini tinggal di sebuah kampung di Batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar, Johor Darul Ta'zim di rumah-rumah ibu yang berasingan. Kampung ini masih terdapat sehingga ke hari ini.

Bapa Beliau Seorang Ulamak

Ketika hayatnya, Allahyarham Haji Muhammad Yassin telah banyak mengajar di daerah Muar dan di daerah Tangkak seperti di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar; Masjid Parit Jamil, Muar; Masjid Seri Menanti, Tangkak; Masjid Bukit Gambir, Tangkak; Masjid Bukit Kangkar, Tangkak dan Masjid Sungai Mati, Tangkak. Malah, tempat yang paling jauh beliau mengajar ialah di Chohong, Jasin, Melaka Bandaraya Bersejarah iaitu di antara sempadan Melaka dan Muar; kini Tangkak. Suara Allahyarham dengan lantang dan bergema semasa menyampaikan pengajian Ilmu Tasawwuf dan Ilmu Tauhid. Allahyarham Haji Muhammad Yassin telah dibawa menaiki kereta untuk mengajar oleh anak beliau sendiri[19] iaitu Allahyarham Haji Haron bin Muhammad Yassin, iaitu antara anak tua dari isteri yang pertama.

Antara anak-anaknya yang mengikuti jejaknya ialah seperti Allahyarham Ahmad bin Muhammad Yassin yang mengajar di Sekolah Agama Bandar Maharani dan Sekolah Agama Dumpar manakala Abdul Ghaffar bin Muhammad Yassin yang pada suatu masa hayatnya pernah mengajar di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar dan Masjid Jamek Parit Kadzi, Muar.

Allahyarham juga telah mengasaskan Sekolah Menengah Md Yassin (Persendirian) di Batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar. Anak-anak Allahyarham seperti Allahyarham Ismail bin Muhammad Yassin pernah menjadi Guru Besar manakala Allahyarham Kamaruddin bin Muhammad Yassin, Fatimah binti Muhammad Yassin dan Baharuddin bin Muhammad Yassin pernah mengajar di sekolah tersebut dalam tahun-tahun 1970-an dahulu. Tan Sri Muhyiddin juga pernah mengajar Bahasa Melayu di sekolah tersebut.

Bukan setakat itu sahaja, Allahyarham telah mengasaskan[20] Sekolah Arab Sa'adiah[21] di Batu 1 1/2 Jalan Bakri yang mengambil para pelajar lelaki dan perempuan untuk mengikuti pelajaran dalam Bahasa Arab. Sekolah Arab Sa'adiah pada masa ini diuruskan oleh Haji Abdul Rahman bin Muhammad Yassin, anak dari isteri pertama dan guru-gurunya terdiri daripada cucu Allahyarham Haji Muhammad Yassin. Di Surau Sa'adiah yang terletak di dalam kawasan Sekolah Arab Sa'adiah inilah setiap tahun Tan Sri Muhyiddin bertemu dengan keluarga samada di Majlis Tahlil Allahyarham Haji Muhammad Yassin dan majlis iftar Ramadhan bersama keluarga.[22]

Antara murid tua Allahyarham yang terkenal ialah Allahyarham Tuan Guru Haji Othman bin Haji Azhari[23] yang telah mengasaskan Khaujakan Johor dan pengikut bertaburan di serata negeri Johor Darul Ta'zim.

Bapa Saudara

Allahyarham Haji Muhammad Yassin mempunyai adik beradik berlainan ibu, iaitu bernama Haji Muhammad Nor bin Muhammad dan Haji Sulaiman bin Muhammad. Oleh itu, bapa saudara Tan Sri Muhyiddin di sebelah bapa ialah Haji Muhammad Nor bin Muhammad dan Haji Sulaiman bin Muhammad.

Adik Beradik

Sebapa

Allahyarham Haji Haron bin Muhammad Yassin, iaitu antara anak tua dari isteri yang pertama. Allahyarham Ahmad bin Muhammad Yassin pernah mengajar di Sekolah Agama Bandar Maharani dan Sekolah Agama Dumpar manakala Abdul Ghaffar bin Muhammad Yassin pula pernah pada suatu masa hayatnya mengajar di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar dan Masjid Jamek Parit Kadzi, Muar.

Allahyarham Kamaruddin bin Muhammad Yassin adalah adik-beradik sebapa dengan beliau.

Anak Allahyarham, Haji Baharuddin bin Muhammad Yassin, PIS II, yang bertugas sebagai Pegawai Kastam Tinggi di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia di Johor Bahru dan menjadi Imam di Surau Al Haadi, Taman Bakti, Johor Bahru. Pernah semasa usia kecilnya mengikut sama bapa beliau pergi mengajar di Masjid Jamek Seri Menanti, Masjid Sungai Mati dan Masjid Bukit Kangkar di Tangkak; Masjid Parit Jamil, Masjid Parit Samsu, Masjid Sungai Balang di Muar. Beliau adalah adik beradik sebapa daripada isteri ayahanda beliau yang ke-4, iaitu Hajah Kintan binti Haji Ibrahim.

Seibu

Adik beradik Tan Sri Muhyiddin dari pihak seibu yang masih hidup ialah kakak ketiga, Datin Hajah Rohana binti Muhammad Yassin (kakak),[24] adik lelaki, Sahid bin Mohamed Yasin dan adik perempuan, Fatimah binti Muhammad Yassin.

Kakak sulung Tan Sri Muhyiddin yang bernama Hajah Norani binti Muhammad Yassin, abang pertama, Tan Sri Haji Abdul Aziz bin Muhammad Yassin dan abang kedua beliau, Haji Ismail bin Muhammad Yassin begitu juga dengan adik beradik seibu beliau yang lain seperti abang ketiga, Haji Shaarani bin Muhammad Yassin, abang keempat, Haji Abdullah bin Muhammad Yassin dan kakak kedua, Fadhillah binti Muhammad Yassin telah pun kembali ke Rahmatullah.

Perjumpaan Keluarga

Tan Sri Muhyiddin seperti biasa pada setiap tahun selalu mengadakan hari perjumpaan keluarga pada hari raya kedua atau hari raya ketiga di kediaman beliau di Taman Sri Tanjung, berhampiran Tanjung Emas, Muar. Di sini keluarga yang ramai dari pihak adik beradik seibu sebapa, sebapa, cucu, cicit dan piut bertemu untuk berkenal-kenalan dan menjalinkan silaturrahim. Ketika beliau berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin mengadakan rumah terbuka di Dewan Seri PEKEMBAR, Pagoh.[25]

Hobi هوبي

Beliau mempunyai hobi membaca buku, bermain golf dan badminton. Golf merupakan permainan yang beliau paling gemari, kerana ketika beliau menjadi seorang pemimpin kanan kerajaan, beliau sering diundang untuk menyertai pelbagai acara sukan golf oleh pelbagai sektor.

Keistimewaan كايستيميوأن

Seorang pakar ekonomi dunia yang pernah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia, iaitu (Tan Sri) (Dr) Just Faaland yang berasal dari Norway, telah mengatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah seorang pemikir dan pelaksana yang mempunyai kejituan atau ketepatan berfikir yang sangat bermutu. Keistimewaan ini amat susah dicari kecuali hanya satu dalam seribu.

Penasihat ekonomi negara ini, bukanlah menilai Tan Sri Muhyiddin dari sudut sosial atau moral tetapi adalah dari sudut tindakan dan fikirannya dan dianalisis secara profesional. Tan Sri Muhyiddin dianggap sebagai seorang insan pemikir dan pelaksana yang mempunyai kualiti yang tinggi. Beliau dapat merungkai sesuatu proses atau masalah dengan terperinci dan dapat meringkaskannya dengan begitu mudah untuk dilaksanakannya sendiri, orang lain atau orang-orang yang berkaitan dengan persoalan berkenaan.

Tan Sri Muhyiddin tidak suka menunjuk-nunjuk tetapi apabila khidmat beliau diperlukan, beliau akan melaksanakannya dengan penuh perhatian, terbaik dan memberi output yang mudah diterima, mudah dilakukan dan cepat. Dalam perkataan lain, Tan Sri Muhyiddin mempunyai keupayaan dan keistimewaan sebagai seorang pemikir besar terhadap penyelesaian dan pelaksanaan sehingga menjadi mudah, berkesan dan menghasilkan output atau produk yang berkualiti.

Kerjaya كرجاي

Berikut adalah senarai jawatan yang beliau pernah sandang

Sektor Swasta

Pengalaman pertama beliau bekerja ialah sebagai guru sambilan yang mengajar Bahasa Melayu di sebuah sekolah swasta milik persendirian ayahanda beliau iaitu, Sekolah Menengah Md. Yassin (Persendirian) pada tahun 1967 lalu.

Sektor Awam

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim (Bahagian Latihan dan Biasiswa) (1970) dan kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Daerah Muar (Bahagian Pembangunan Luar Bandar) pada tahun 1974 lalu.

Sektor Korporat

Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam dunia korporat. Beliau telah bertugas di beberapa buah anak syarikat milik kerajaan negeri Johor Darul Ta'zim, (GLC), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Darul Ta'zim (PKENJ); kemudian dijenamakan semula sebagai Perbadanan Johor (JCorp). Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Tan Sri Muhyiddin telah memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn Bhd sebagai Pengurus Perjawatan; Pengarah Urusan, Sri Saujana Berhad dan Sergam Berhad serta Pengarah Syarikat, Equity Mal (Johor) Sdn Bhd dan Syarikat Granite Malaysia Sdn Bhd.

Politik ڤوليتيك

Berikut adalah senarai parti politik dan jawatan yang beliau pernah sandang

  • Parti Politik

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) (1971-1988)
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Baharu (PEKEMBAR) (1988-1997)
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) (1997-2016)

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Beliau telah menceburkan diri dalam bidang politik apabila mendaftar sebagai Ahli Biasa UMNO Cawangan Permatang Pasir, Bukit Pasir. Beliau seterusnya mendaftarkan diri sebagai Ahli Biasa UMNO Bahagian Muar Dalam bersama Tan Sri Othman Saat pada tahun 1971 lalu.

UMNO Cawangan Permatang Pasir

Barisan Pemimpin UMNO Cawangan
Pengerusi Tetap UMNO Cawangan

Kemudian, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Permatang Pasir, Bukit Pasir pada 1971.

UMNO Bahagian Pagoh

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian
Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian

Beliau telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Muar Dalam dari tahun 1972 hingga tahun 1974.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian

Beliau telah dilantik sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pagoh dari tahun 1974 hingga tahun 1976.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian

Kemudian beliau dilantik pula sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pagoh dari tahun 1976 hingga tahun 1982.

Sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pagoh, beliau telah juga dilantik sebagai EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim dan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada tahun yang sama.

Barisan Pemimpin UMNO Bahagian
Bendahari UMNO Bahagian

Pada tahun 1971, beliau telah dilantik sebagai Bendahari UMNO Bahagian Muar Dalam dan kemudiannya Bahagian Pagoh hingga tahun 1974.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian

Setelah itu, pada tahun 1982, beliau telah dipilih pula sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh sehingga tahun 1985.

Ketua UMNO Bahagian

Beliau telah memenangi jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh pada 26 April 1985 setelah menewaskan penyandangnya, Tan Sri Othman Saat.

Pada 24 Jun 2016, beliau telah dilucutkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh setelah dipecat dari parti UMNO[26] oleh Majlis Tertinggi UMNO yang mesyuarat khasnya dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Hishammuddin Hussein dan jawatan tersebut telah dipangku oleh Haji Ismail Mohamed, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh.

Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri
EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Negeri

Beliau merupakan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim dari tahun 1971 hingga tahun 1974.

Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri

Beliau telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim dari tahun 1974 hingga tahun 1976.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri

Kemudian, beliau telah dilantik sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim dari tahun 1976 hingga tahun 1982.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri

Seterusnya beliau telah dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim dari tahun 1982 hingga tahun 1986 dan dalam masa yang sama terus kekal sebagai EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Barisan Pemimpin Badan Perhubungan UMNO Negeri
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri

Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim pada tahun 1982 hingga tahun 1988 dan dari tahun 1995 hingga tahun 2003.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim pada tahun 1988 hingga tahun 1995.

Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan

Barisan Pemimpin Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan pada tahun 2009 menggantikan Tan Sri Zulhasnan Rafique sehingga tahun 2013. Kemudian jawatan tersebut telah disandang oleh Dato' Sri Tengku Adnan Tengku Mansor.

UMNO Pusat

Pergerakan Pemuda UMNO Pusat
Pengerusi Biro Industri Utama Pergerakan Pemuda UMNO Pusat

Tan Sri Muhyiddin telah menjadi Pengerusi Biro Industri Utama Pergerakan Pemuda UMNO Pusat sejak tahun 1984 hingga tahun 1987.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Pusat

Tan Sri Muhyiddin telah menjadi EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Pusat sejak tahun 1976 hingga tahun 1987.

Majlis Tertinggi UMNO
Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Pada tahun 1984, beliau telah bertanding kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, namun beliau telah gagal kerana kekurangan undian. Pada tahun 1987, buat pertama kalinya, Tan Sri Muhyiddin dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO selepas percubaan kali pertama pada tahun 1984 menemui kegagalan.

Beliau terus kekal berada di kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO sehingga tahun 1993 dan dari tahun 1996 hingga ke tahun 2000, beliau tidak dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Pada tahun 1993 hingga tahun 1996 dan dari tahun 2000 hingga tahun 2016, beliau menduduki kerusi Majlis Tertinggi UMNO.

Beliau menduduki kerusi Majlis Kerja Tertinggi UMNO dari tahun 1987 hingga tahun 1996 dan dari tahun 2000 hingga tahun 2016.

Naib Presiden UMNO

Pemilihan UMNO 1990
Pada tanggal 30 November 1990, beliau telah bertanding telah bertanding pada Pemilihan UMNO tahun 1990 untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO. Beliau hanya mendapat undian kedua terendah daripada 6 orang calon yang bertanding, iaitu sebanyak 582 undian.

Pemilihan UMNO 1990
Calon Undian Perwakilan Pencalonan
Bahagian
Keputusan
Anwar Ibrahim1,067 undian110Menang
Abdullah Ahmad Badawi953 undianMenang
Sanusi Junid750 undianMenang
Wan Mokhtar Wan Ahmad735 undian16Tercalon
Tan Sri Muhyiddin Yassin582 undianTercalon
Abdul Rahim Thamby Chik452 undianTercalon

Pemilihan UMNO 1993
Seterusnya, pada tanggal 4 November 1993, beliau telah bertanding pada Pemilihan UMNO tahun 1993 melalui Team Wawasan setelah dicalonkan oleh 133 Bahagian UMNO untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1993 dan berjaya mendapat undian tertinggi, iaitu sebanyak 1,413 undian.

Pemilihan UMNO 1993
Calon Undian Perwakilan Pencalonan
Bahagian
Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin1,413 undian133Menang
Mohd Najib Tun Abdul Razak1,202 undian148Menang
Muhammad Haji Muhammad Taib1,189 undian138Menang
Abdullah Ahmad Badawi927 undian16Tercalon
Sanusi Junid525 undian13Tercalon
Wan Mokhtar Wan AhmadMenarik diri6Tercalon
Mohamed Yusof Mohamed NoorMenarik diri1Tercalon
Anwar IbrahimMenarik diri1Tercalon

Pemilihan UMNO 1996
Namun pada tanggal 10 Oktober 1996, semasa Pemilihan UMNO tahun 1996, beliau gagal untuk mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden UMNO setelah tewas. Beliau hanya mendapat undian kedua terendah daripada 7 orang calon yang bertanding, iaitu sebanyak 545 undian.

Pemilihan UMNO 1996
Calon Undian Perwakilan Keputusan
Mohd Najib Tun Abdul Razak1,483 undianMenang
Abdullah Ahmad Badawi1,053 undianMenang
Muhammad Haji Muhammad Taib1,045 undianMenang
Ramli Ngah Talib696 undianTercalon
Syed Hamid Albar653 undianTercalon
Tan Sri Muhyiddin Yassin545 undianTercalon
Yob Tajuddin Kulub Ismail111 undianTercalon

Pemilihan UMNO 2000
Pada tanggal 11 Mei 2000, beliau sekali lagi telah bertanding pada Pemilihan UMNO tahun 2000 setelah dicalonkan oleh 30 Bahagian UMNO dan berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang daripada 3 orang calon yang berjaya dilantik sebagai Naib Presiden UMNO dengan undian ketiga tertinggi, iaitu sebanyak 813 undian.[27]

Pemilihan UMNO 2000
Calon Undian Perwakilan Pencalonan
Bahagian
Keputusan
Mohd Najib Tun Abdul Razak1,289 undian151Menang
Muhammad Haji Muhammad Taib853 undian32Menang
Tan Sri Muhyiddin Yassin813 undian30Menang
Osu Sukam629 undianTercalon
Abu Hassan Omar616 undian58Tercalon
Syed Hamid Albar524 undianTercalon
Abdul Ghani Othman469 undian80Tercalon
Mohd Isa Abdul Samad421 undianTercalon
Rais Yatim371 undianTercalon

Pemilihan UMNO 2004
Pada tanggal 23 September 2004, semasa Pemilihan UMNO tahun 2004, beliau telah berjaya mempertahankan jawatan tersebut dengan mendapat undian ketiga terbanyak, iaitu sebanyak 1,234. Tetapi, selepas Tan Sri Mohd Isa Dato' Haji Abdul Samad disabitkan dengan kesalahan rasuah semasa Pemilihan UMNO tahun 2004 pada tanggal 24 Jun 2005, kedudukan undian beliau adalah di tempat yang kedua dan tempat ketiga telah diberikan kepada Tan Sri Muhammad Haji Muhammad Taib.

Pemilihan UMNO 2004
Calon Undian Perwakilan Keputusan
Mohd Isa Abdul Samad[2]1,507 undianTercalon
Mohd Ali Mohd Rustam[3]1,329 undianMenang
Tan Sri Muhyiddin Yassin1,234 undianMenang
Muhammad Haji Muhammad Taib1,177 undianMenang
Mustapa Mohamed1,059 undianTercalon
Adnan Yaakob690 undianTercalon
Shahrir Abdul Samad651 undianTercalon

 2. Tan Sri Mohd Isa Dato' Haji Abdul Samad telah dilucutkan jawatan sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun 2005 kerana salah laku rasuah semasa pemilihan tersebut.
 3. Tempat pertama Tan Sri Mohd Isa Dato' Haji Abdul Samad sebagai Naib Presiden UMNO kemudiannya diganti oleh Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam (kemudiannya Tun), sambil tempat kedua diganti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tempat ketiga diganti oleh Tan Sri Muhammad Haji Muhammad Taib.

Timbalan Presiden UMNO

Pemilihan UMNO 2009

Setelah kerusi Timbalan Presiden UMNO dikosongkan oleh penyandang terdahulu, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, beliau telah menawarkan diri untuk bertanding pada Pemilihan UMNO tahun 2009 setelah dicalonkan oleh 91 Bahagian UMNO dan memenanginya dengan menewaskan calon, Tan Sri Muhammad Haji Muhammad Taib dengan undian sebanyak 1,575 pada tanggal 26 Mac 2009 yang lalu.

Pemilihan UMNO 2009
Calon Undian Perwakilan Pencalonan
Bahagian
Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin1,575 undian91Menang
Muhammad Haji Muhammad Taib916 undian46Tercalon
Mohd Ali Mohd RustamDilucut kelayakan47
Shahrir Abdul SamadTidak layak1
Nur Jazlan MohamedMenarik diri

Pemilihan UMNO 2013

Pada Pemilihan UMNO tahun 2013, beliau kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO selepas mendapat kata sepakat yang mengatakan jawatan bagi Timbalan Presiden UMNO dan Presiden UMNO tidak perlu dipertandingkan.

Sebagai Timbalan Presiden UMNO, beliau juga telah diamanahkan tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan yang berperanan untuk mengurus perkara yang berkaitan dengan pengurusan parti.

Digantung tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO

Beliau menjawat jawatan tersebut sehingga 26 Februari 2016 selepas digantung tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO,[28] (namun jawatan-jawatan beliau yang lain dalam UMNO dikekalkan); oleh kerana mempersoalkan kedudukan beliau yang tidak diberikan ruang untuk membuat ucapan ketika Perhimpunan Agung UMNO 2015, menegur salah laku Pengerusi Lembaga Penasihat, 1Malaysia Development Berhad, Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak[29][30] dan berjuang bersama-sama pakatan pembangkang dalam Deklarasi Rakyat[31] yang dipelopori oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang antaranya ingin menyatakan kebimbangan terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial dalam negara.

Dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dan dipecat keahlian UMNO

Pada 24 Jun 2016, beliau telah dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO setelah dipecat dari parti UMNO[32] oleh Majlis Tertinggi UMNO yang mesyuarat khasnya dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Hishammuddin Hussein.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia

BERSATU Cawangan Bukit Gambir Utara

Barisan Pimpinan Cawangan BERSATU
Penasihat Cawangan BERSATU

Beliau telah dilantik sebagai Penasihat Cawangan BERSATU Bukit Gambir Utara pada 2017 bagi membantu untuk menggerakkan perjalanan parti di peringkat cawangan.

BERSATU Bahagian Pagoh

Barisan Pimpinan Bahagian BERSATU
Ketua Bahagian BERSATU

Pada 8 Oktober 2016, beliau telah mengumumkan penubuhan bahagian pertama bagi parti BERSATU, iaitu BERSATU Bahagian Pagoh. Sebagai Ahli Parlimen Pagoh, beliau telah dilantik sebagai Ketua Bahagian BERSATU Pagoh.

BERSATU Negeri Johor Darul Ta'zim

Badan Pimpinan Negeri BERSATU
Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU

Beliau telah dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Johor Darul Ta'zim bagi menggantikan Dato' Osman Sapian yang meletak jawatan sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim. Kemudian, Haji Mazlan Bujang telah dilantik bagi menggantikan tempat beliau. Pada 7 September 2020, beliau kembali menjawat jawatan tersebut.

Beliau telah meletakkan jawatan selepas kekalahan calon Perikatan Nasional dari BERSATU dalam Pilihan raya negeri Johor 2022 lalu dan digantikan oleh Dato' Dr Sahruddin Jamal.

BERSATU Pusat

Majlis Presiden BERSATU
Pengerusi Majlis Presiden BERSATU

Beliau mempengerusikan badan eksekutif Majlis Presiden yang menjalankan tugas harian parti.

Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU
Pengerusi Biro Politik BERSATU

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Biro Politik BERSATU pada 7 September 2020 lalu.

Presiden BERSATU

Beliau adalah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sejak 14 Januari 2017 yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau telah mengasaskan parti ini dan menjadi Presiden Penaja pada 9 September 2016.

Pada tanggal 13 Disember 2016, di ibupejabat PKR, Petaling Jaya, beliau telah mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk menandatangani perjanjian dengan Pakatan Harapan untuk bekerjasama dalam menghadapi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 lalu. Beliau telah bersetuju untuk bekerjasama, tetapi masih belum bersedia untuk menjadi parti komponen dalam Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan juga telah bersetuju untuk menggunakan satu logo bagi mewakili parti pembangkang yang bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pakatan Harapan-Parti Pribumi Bersatu Malaysia) bagi menentang Barisan Nasional semasa pilihan raya tersebut.

Rundingan lanjut adalah untuk menetapkan para calon satu lawan satu untuk menentang Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 yang lalu. Beliau juga telah cuba untuk memujuk PAS bagi bekerjasama menghadapi pilihan raya tersebut. PAS bagaimanapun menolak pelawaan tersebut dan memilih untuk menjadi blok ketiga dalam pilihan raya tersebut.

Pengerusi BERSATU

Beliau telah memangku jawatan sebagai Pengerusi BERSATU setelah Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan tersebut pada 24 Februari 2020 lalu.

  • Parti Pilihan Raya dan Parti Kerajaan (1952-1973)

Parti Perikatan

Parti Perikatan Dewan Negeri Bukit Serampang

Pemuda Parti Perikatan Dewan Negeri
Penolong Setiausaha Pemuda Parti Perikatan Dewan Negeri

Beliau telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Pemuda Parti Perikatan Dewan Negeri Bukit Serampang bagi membantu jentera pilihan raya Parti Perikatan untuk bertanding di Dewan Negeri Bukit Serampang.

Parti Perikatan Parlimen Muar Dalam

Pemuda Parti Perikatan Parlimen
Penolong Setiausaha Pemuda Barisan Nasional Parlimen

Beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha Pemuda Barisan Nasional Parlimen Muar Dalam bagi membantu jentera pilihan raya Parti Perikatan untuk bertanding di kerusi Parlimen Muar Dalam.

  • Parti Pilihan Raya dan Parti Kerajaan (1974-2018)
  • Parti Pilihan Raya dan Parti Pembangkang (2018-2020)
  • Parti Pilihan Raya dan Parti Kerajaan (2020-2024)

Barisan Nasional

Barisan Nasional Dewan Negeri Bukit Serampang

Kepimpinan Barisan Nasional Dewan Negeri
Pengerusi Barisan Nasional Dewan Negeri

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional Dewan Negeri Bukit Serampang sebagai satu gerak kerja mengukuhkan kedudukan beliau sebagai calon pilihan raya bagi Bukit Serampang.

Barisan Nasional Parlimen Pagoh

Pemuda Barisan Nasional Parlimen
Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Parlimen

Beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Parlimen Pagoh.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Parlimen

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Parlimen Pagoh.

Kepimpinan Barisan Nasional Parlimen
Pengerusi Barisan Nasional Parlimen

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Pagoh dari tahun 1985 hingga 2016.

Barisan Nasional Negeri Johor Darul Ta'zim

Pemuda Barisan Nasional Negeri
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Negeri

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Negeri Johor Darul Ta'zim.

Badan Penyelaras Barisan Nasional Negeri
Pengerusi Barisan Nasional Negeri

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Johor Darul Ta'zim dari tahun 1988 hingga 1995.

Barisan Nasional Pusat

Dewan Tertinggi Barisan Nasional
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional

Beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional dari tahun 2009 hingga tahun 2015.

Sepanjang beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, beliau telah menjadi Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional sebanyak 18 kali.

Pada tahun 2015, beliau telah melahirkan kebimbangan terhadap sokongan rakyat kepada Barisan Nasional disebabkan oleh kesan krisis 1Malaysia Development Berhad yang beliau anggap bakal menyebabkan Barisan Nasional kemungkinan akan kalah pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 yang akan datang.

Akhirnya beliau telah dipecat kerana dianggap memberikan tanggapan yang negatif terhadap Barisan Nasional walaupun ianya sekadar ingatan dan muhasabah diri. Setelah itu, jawatan tersebut telah disandang oleh Dato' Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi.

  • Parti Pilihanraya dan Parti Pembangkang (2016-2018)
  • Parti Pilihanraya dan Parti Kerajaan (2018-2020)

Pakatan Harapan

Pada permulaannya, gabungan Pakatan Harapan-Parti Pribumi Bersatu Malaysia adalah untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-14 untuk menentang Barisan Nasional.

Pada 20 Mac 2017, Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah diterima masuk sebagai ahli terbaharu dalam Pakatan Harapan. Beliau kemudiannya telah menganggotai Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan Dewan Negeri Gambir

Badan Pimpinan Pakatan Harapan Dewan Negeri
Pengerusi Pakatan Harapan Dewan Negeri

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Dewan Negeri Gambir sebagai satu gerak kerja mengukuhkan kedudukan beliau sebagai calon pilihan raya bagi Gambir.

Pakatan Harapan Parlimen Pagoh

Badan Pimpinan Pakatan Harapan Parlimen
Pengerusi

Pada 13 Julai 2017, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Parlimen Pagoh.

Pakatan Harapan Negeri Johor Darul Ta'zim

Badan Pimpinan Pakatan Harapan Negeri
Pengerusi

Pada 22 Ogos 2017, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Johor Darul Ta'zim. Setelah meletakkan jawatan, Haji Aminolhuda Hassan telah dilantik bagi menggantikan beliau.

Pakatan Harapan Pusat

Majlis Presiden Pakatan Harapan
Timbalan Presiden

Pada 13 Julai 2017, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Presiden III dalam struktur baharu Majlis Presiden Pakatan Harapan.

  • Kerajaan
  • Parti Pilihan Raya dan Parti Kerajaan (2020-2022)
  • Pembangkang
  • Parti Pilihanraya dan Parti Pembangkang (2022-kini)

Parti Perikatan Nasional

Setelah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau telah menamakan kerajaan pimpinan beliau sebagai Perikatan Nasional yang disokong oleh parti-parti dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Barisan Nasional, Parti Islam Se-Malaysia, Gabungan Parti Sarawak, Parti Bersatu Sabah dan Parti Solidariti Tanah Airku serta BEBAS.

Perikatan Nasional Dewan Negeri Gambir

Kepimpinan Perikatan Nasional Dewan Negeri
Pengerusi Perikatan Nasional Dewan Negeri

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Dewan Negeri Gambir sebagai satu gerak kerja mengukuhkan kedudukan beliau sebagai pemimpin masyarakat bagi Gambir.

Parti Perikatan Nasional Parlimen Pagoh

Badan Perhubungan Kawasan Parti Perikatan Nasional Parlimen
Ketua

Beliau telah dilantik sebagai Ketua Badan Perhubungan Kawasan Parti Perikatan Nasional Parlimen Pagoh.

Parti Perikatan Nasional Negeri Johor Darul Ta'zim

Badan Perhubungan Negeri Parti Perikatan Nasional Negeri
Pengerusi

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Parti Perikatan Nasional Johor Darul Ta'zim. Selepas kekalahan Perikatan Nasional dalam Pilihan raya negeri Johor 2022, beliau telah meletakkan jawatan dan digantikan oleh Dato' Dr Sahruddin Jamal..

Parti Perikatan Nasional Pusat

Majlis Presiden Parti Perikatan Nasional
Pengerusi

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Presiden Parti Perikatan Nasional.

Majlis Tertinggi Parti Perikatan Nasional
Pengerusi

Pada 8 September 2020, Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Dato' Seri Hamzah Zainudin telah mengumumkan bahawa Parti Perikatan Nasional telah didaftarkan pada 7 Ogos 2020 dan pengumuman perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Parti Perikatan Nasional telah dibuat pada hari yang sama.

Keputusan Pilihan Raya كڤوتوسن ڤيليهنراي

Parlimen Pagoh

Pagoh
Kawasan pilihan raya  Johor
Peta kawasan pilihan raya Johor Darul Ta'zim
Kawasan parlimen
Badan perundanganDewan Rakyat
ADR
 
 
 
Tan Sri Muhyiddin Yassin
PN
Kawasan pilihan raya diwujudkan1974
Kali pertama dipertandingkan1974
Kali terakhir dipertandingkan2022
Demografi
Pemilih (2022)[33]69,939
Luas (km²)[34]1,258

Pilihan Raya Umum Malaysia 1978

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 pada 8 Julai 1978 hingga 22 Julai 1978, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Pagoh, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 17,679.

Calon lawan ialah Ustaz Abdul Wahab Abdul Rahman dari PAS mendapat 2,069 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 88.92%. Undi rosak sebanyak 1,258.

Pilihan Raya Umum Malaysia 1978P104 Pagoh
Calon Parti Jumlah Undian Majoriti Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin 17,67915,610Menang
Ustaz Abdul Wahab Abdul Rahman 2,069Tewas

Pilihan Raya Umum Malaysia 1982

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1982 pada 22 April 1982 hingga 26 April 1982, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Pagoh, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 19,035.

Calon lawan ialah Tuan Sumadi Ahmad dari PAS mendapat 2,652 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 74.86%. Undi rosak sebanyak 1,234.

Pilihan Raya Umum Malaysia 1982P104 Pagoh
Calon Parti Jumlah Undian Majoriti Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin 19,03516,383Menang
Tuan Sumadi Ahmad 2,652Tewas

Pilihan Raya Umum Malaysia 1995

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1995 pada 24 April 1995 hingga 25 April 1995, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Pagoh, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 21,856.

Calon lawan ialah Tuan Rosdan Taha Dato' Abdul Rahman dari Semangat 46 mendapat 4,257 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 70.68%. Undi rosak sebanyak 1,379.

Pilihan Raya Umum Malaysia 1995P127 Pagoh
Calon Parti Jumlah Undian Majoriti Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin 21,85617,599Menang
Tuan Rosdan Taha Dato' Abdul Rahman 4,257Tewas

Pilihan Raya Umum Malaysia 1999

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 pada 29 November 1999, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Pagoh, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 20,132.

Calon lawan ialah Tuan Elias @ Alias Haji Shamsir dari PKR mendapat 7,282 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 71.19%. Undi rosak sebanyak 913.

Pilihan Raya Umum Malaysia 1999P127 Pagoh
Calon Parti Jumlah Undian Majoriti Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin 20,13212,857Menang
Tuan Elias @ Alias Haji Shamsir 7,282Tewas

Pilihan Raya Umum Malaysia 2004

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 pada 21 Mac 2004, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Pagoh, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 23,679.

Calon lawan ialah Ustaz Mohamed Awang dari PAS mendapat 4,932 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 65.43%. Undi rosak sebanyak 923.

Pilihan Raya Umum Malaysia 2004P143 Pagoh
Calon Parti Jumlah Undian Majoriti Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin 23,67918,747Menang
Ustaz Mohamed Awang 4,932Tewas

Pilihan Raya Umum Malaysia 2008

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Pagoh, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 21,028.

Calon lawan ialah Ustaz Mohamad Rozali Jamil Al-Hafiz dari PAS mendapat 8,447 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 75.70%. Undi rosak sebanyak 787.

Pilihan Raya Umum Malaysia 2008P143 Pagoh
Calon Parti Jumlah Undian Majoriti Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin 21,02812,581Menang
Ustaz Mohamad Rozali Jamil Al-Hafiz 8,447Tewas

Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan sebagai Menteri Pelajaran buat kali yang pertama kalinya dalam sejarah hidup beliau pada 9 April 2009.

Pilihan Raya Umum Malaysia 2013

Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kiri) ketika Majlis Pengumuman Manifesto Barisan Nasional oleh Pengerusi Barisan Nasional, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebelum Pilihanraya Umum Malaysia 2013

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 pada 5 Mei 2013, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Pagoh, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 26,274.

Calon lawan ialah Ustaz Mohamad Rozali Jamil Al-Hafiz dari PAS mendapat 13,432 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 86.79%. Undi rosak sebanyak 906.

Pilihan Raya Umum Malaysia 2013P143 Pagoh
Calon Parti Jumlah Undian Majoriti Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin 26,27412,842Menang
Ustaz Mohamad Rozali Jamil Al-Hafiz 13,432Tewas

Pilihan Raya Umum Malaysia 2018

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2018 pada 9 Mei 2018, Tan Sri Muhyiddin Yassin calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah bertanding menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat bagi mewakili parti Pakatan Harapan. Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Pagoh, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 23,558.

Calon lawan ialah bekas timbalan beliau di UMNO Bahagian Pagoh, Tuan Haji Ismail Mohamed dari BN mendapat undian sebanyak 16,631 dan Tuan Ahmad Nawfal Dato' Dr Mahfodz dari PAS mendapat undian sebanyak 2,483. Peratus pengundi yang keluar ialah 84.18%. Undi rosak adalah sebanyak 693.

Pilihan Raya Umum Malaysia 2018P143 Pagoh
Calon Parti Jumlah Undian Majoriti Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin 23,5586,927Menang
Tuan Haji Ismail Mohamed 16,631Tewas
Tuan Ahmad Nawfal Dato' Dr Mahfodz 2,483Tewas

Setelah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh, beliau sekali lagi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia buat penggal kedua selepas pertama kali dilantik pada tahun 2009.

Beliau digugurkan dari senarai Kabinet Malaysia 2013 pada tahun 2015 selepas membuat teguran kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkenaan salah tadbir urus 1Malaysia Development Berhad dan "derma" RM2.6 bilion yang masuk ke akaun bank peribadi Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Pilihan Raya Umum Malaysia 2022

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 202 pada 19 November 2022, Tan Sri Muhyiddin Yassin calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah bertanding menggunakan tiket Perikatan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Pagoh, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 24,986.

Calon lawan ialah Tuan Shah Iskandar Abd Rahman dari PH yang mendapat undian sebanyak 14,979 dan Ketua UMNO Bahagian Muar, Datuk Seri Haji Razali Ibrahim dari BN mendapat undian sebanyak 14,426 dan . Peratus pengundi yang keluar ialah 77.80%.

Pilihan Raya Umum Malaysia 2022P143 Pagoh
Calon Parti Jumlah Undian Majoriti Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin 24,98610,007Menang
Shah Iskandar Abd Rahman 14,979Tewas
Datuk Seri Razali Ibrahim 14,426Tewas

Walaupun beliau telah mendapat sokongan Akaun Sumpah Berkanun seramai 116 orang Ahli Dewan Rakyat Malaysia pada awalnya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia, namun tindakan Pengerusi Barisan Nasional, Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang telah mengarahkan para Ahli Dewan Rakyat Malaysia dari Barisan Nasional untuk menyetujui pemilihan Dato' Seri Utama Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia, telah menyebabkan beliau memilih untuk menjadi Pembangkang di Dewan Rakyat Malaysia.

Dewan Negeri Bukit Serampang

Bukit Serampang
Kawasan pilihan raya  Johor
Bukit Serampang bertukar menjadi Bukit Kepong
Bahagian pilihan raya negeri
Badan perundanganDewan Negeri Johor
Kawasan pilihan raya diwujudkan1959
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan2018
Kali pertama dipertandingkan1959
Demografi
Pemilih (2013)21,429

Pilihan Raya Negeri Johor 1986

Dalam Pilihan Raya Negeri Johor 1986 pada 2 Ogos 1986 hingga 3 Ogos 1986, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Dewan Negeri Bukit Serampang, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang tanpa bertanding.

Pilihan Raya Umum Malaysia 1986N05 Bukit Serampang
Calon Parti Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin Menang Tanpa Bertanding

Beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim buat kali pertama dalam hidup beliau menggantikan Dato' Abdul Ajib Ahmad.

Pilihan Raya Negeri Johor 1990

Dalam Pilihan Raya Negeri Johor 1990 pada 20 Oktober 1990 hingga 21 Oktober 1990, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Dewan Negeri Bukit Serampang, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 9,260.

Calon lawan ialah Tuan Haji Omar Lambak dari Semangat 46 mendapat 2,240 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 76%. Undi rosak sebanyak 411.

Pilihan Raya Umum Malaysia 1990N05 Bukit Serampang
Calon Parti Jumlah Undian Majoriti Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin 9,2607,020Menang
Tuan Haji Omar Lambak 2,240Tewas

Beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim untuk penggal kedua sehingga tahun 1995 lalu.

Dewan Negeri Gambir

Gambir
Kawasan pilihan raya  Johor
Peta kawasan pilihan raya Johor Darul Ta'zim
Bahagian pilihan raya negeri
Badan perundanganDewan Negeri Johor
ADUN
 
 
 
Tan Sri Muhyiddin Yassin
PN
Kawasan pilihan raya diwujudkan2004
Kali pertama dipertandingkan2013
Kali terakhir dipertandingkan2018
Demografi
Pemilih (2018)22,726
Luas (km²)219

Pilihan Raya Negeri Johor 2018

Dewan Serbaguna Bukit Gambir adalah tempat utama aktiviti beliau selaku Ahli Dewan Negeri Gambir

Dalam Pilihan Raya Negeri Johor 2018 pada 9 Mei 2018, Tan Sri Muhyiddin Yassin calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah bertanding menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat bagi mewakili parti Pakatan Harapan. Beliau telah bertanding di kawasan Dewan Negeri Gambir, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 10,280.

Calon lawan ialah Datuk Asojan Muniandy dari BN mendapat undian sebanyak 7,192 dan Dato' Dr Mahfodz Mohamed dari PAS mendapat undian sebanyak 1,806. Peratus keluar mengundi adalah sebanyak 86.51%. Jumlah undi rosak adalah sebanyak 383.

Pilihan Raya Negeri Johor 2018N09 Gambir
Calon Parti Jumlah Undian Majoriti Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin 10,2803,088Menang
Datuk Asojan Muniandy 7,192Tewas
Dato' Dr Mahfodz Mohamed 1,806Tewas

Gelaran Hormat ڬلرن حرمت

Gelaran
Muhyiddin Yassin



Rujukan gelaranYang Amat Berhormat
Yang Berhormat
Tuan Yang Terutama
Gaya percakapanYang Amat Berhormat
Tan Sri

Yang Berhormat Tan Sri
Tuan Yang Terutama Tan Sri
Gaya informalTan Sri
Dewan Rakyat MalaysiaYang Amat Berhormat Perdana Menteri
atau
Yang Berhormat Pagoh
Dewan Negeri JohorYang Amat Berhormat Menteri Besar
atau
Yang Berhormat
Bukit Serampang

atau
Yang Berhormat Gambir
  • Singkatan Gelaran
    • YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin
    • YB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin
    • YB Tuan Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin
    • YBrs Tuan Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin
    • YBrs Encik Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin

Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Bagi acara rasmi, gelaran penuh beliau adalah Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.

Pada 3 Jun 2021, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Marzuki Haji Mohamad telah mengeluarkan satu memo pekeliling bagi para pegawai dan kakitangan Pejabat Perdana Menteri untuk menggunakan nama Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin bagi segala urusan surat-menyurat yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia ke-8 tersebut dan untuk urusan rasmi kerajaan.

Dato' Menteri Besar Johor Darul Ta'zim

Selepas 7 April 1991
Bagi acara rasmi, gelaran penuh beliau adalah Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.

Selepas 1 Jun 1988
Bagi acara rasmi, gelaran penuh beliau adalah Yang Amat Berhormat Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.

Sebelum 2 Jun 1988
Bagi acara rasmi, gelaran penuh beliau adalah Yang Amat Berhormat Tuan Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.

Sebelum 2 Jun 1987
Bagi acara rasmi, gelaran penuh beliau adalah Yang Amat Berhormat Tuan Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.

Menteri

Bagi acara rasmi, gelaran penuh beliau adalah Yang Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.

Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen

Bagi acara rasmi, gelaran penuh beliau adalah Yang Berhormat Tuan Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.

Pegawai Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim

Bagi acara rasmi, gelaran penuh beliau adalah Yang Berusaha Tuan Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.

Negeri

Johor Darul Ta'zim
YAB atau Yang Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin

Kedah Darul Aman
YAB Tan Sri Dato' Seri Diraja Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin

Perak Darul Ridzuan
YAB Dato' Seri Diraja Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin

Perlis
YAB Tan Sri Dato' Seri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin

Negeri Sembilan Darul Khusus
YAB Tan Sri Dato' Seri Utama Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin

Sabah Negeri di Bawah Bayu
YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin

Melaka
YAB Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin

Sarawak Bumi Kenyalang
YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin

Jawatan Kerajaan جاوتن كراجأن


Muhyiddin Haji Mohd Yassin

PSM (Persekutuan); SPMJ (Johor);
SHMS (Kedah); SPSA (Perak);
SPMP (Perlis); SUNS (Negeri Sembilan);
SPDK (Sabah); DUNM (Melaka);
DP, PNBS (Sarawak);
SMJ, PIS (II), BSI (II) (Johor);
AP; ADUN;
Plaque of the City of Sarajevo (Bosnia);
Honorary Doctorate of Litterature (BFSU);
International Honorary Doctorate (USSA)
محي الدين بن محمد ياسين

Perdana Menteri Malaysia
ke-8
Ketua Majlis
Parlimen Malaysia
ke-14
Dalam jawatan
1 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
(1 tahun, 5 bulan, 2 minggu dan 1 hari)
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Timbalan
Perdana Menteri
Ismail Sabri Yaakob (2021)
Menteri Kanan
Lihat senarai
Menteri
Timbalan Menteri

Setiausaha Politik

Didahului oleh Mahathir Mohamad
Digantikan oleh Ismail Sabri Yaakob

Pengerusi
Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik
Pengerusi
APEC Malaysia 2020
Dalam jawatan
1 Mac 2020 – 31 Disember 2020
Didahului oleh Mahathir Mohamad
Digantikan oleh Jacinda Ardern

Ahli Parlimen Malaysia
untuk Pagoh
Johor Darul Ta'zim
Dalam jawatan
14 Ogos 2018 – 16 Ogos 2021
(2 tahun, 2 hari)
Penggal Parlimen
Yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (2020-2021)
Didahului oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan oleh
Kawasan pilihan raya Pagoh
Lihat senarai
Majoriti 6,927 (2018)

Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Gambir
Dalam jawatan
28 Jun 2018 – 16 Ogos 2021
(3 tahun, 49 hari)
Penggal Dewan Negeri
Yang di-Pertuan Agong
Sultan Sultan Ibrahim
(2010-2024)
Yang di-Pertua Dewan Negeri Suhaizan Kaiat (2018-2024)
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (2020-2021)
Menteri Besar
Didahului oleh Asojan Muniandy
Digantikan oleh
Kawasan pilihan raya Gambir
Lihat senarai
Majoriti 3,088 (2018)

Pengerusi
Parti Perikatan Nasional
Dalam jawatan
7 Ogos 2020 – 16 Ogos 2021
(1 tahun, 9 hari)
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2019-2024)
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (2020-2021)
Timbalan Pengerusi
Naib Pengerusi
Didahului olehJawatan Baharu
Digantikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin

Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Dalam jawatan
16 Julai 2020 – 16 Ogos 2021
(1 tahun, 31 hari)
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2019-2024)
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (2020-2021)
Timbalan Presiden Ahmad Faizal Dato' Azumu
Naib Presiden
Didahului oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin

Zaman Tun Hussein Dato' Seri Onn (1976-1981)

Badan Perundangan 1976-1981

Beliau pertama kalinya telah dipilih menjadi Wakil Rakyat apabila beliau memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1978. Setelah mendapat kemenangan tersebut, beliau dilantik di dalam Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen Pagoh.

Zaman Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003)

Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 1981-2003

Pada tahun 1981, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia[35] oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh berkenaan pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1982 dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia[36] pada tahun yang sama oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Selepas setahun, iaitu pada tahun 1983, beliau telah bertukar portfolio sebagai Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian I Malaysia[37] sehingga tahun 1986.

Beliau telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor Darul Ta'zim[38] selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 1986 apabila memenangi kerusi Dewan Negeri Johor (Dewan Negeri) Bukit Serampang. Beliau menjadi Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim sebagai EXCO Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan Perancangan. Sebagai Ahli Dewan Negeri Bukit Serampang, beliau berjaya mempertahankan kerusi Dewan Negeri Bukit Serampang pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1990 dan dilantik sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim untuk penggal kedua. Di bawah kepimpinan beliau, negeri Johor Darul Ta'zim terus berkembang pesat dan menjadi antara negeri yang termaju di Malaysia.

Selepas memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1995, iaitu pada bulan Mei 1995, beliau telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia.[39] Empat tahun kemudian, beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia mulai bulan Disember 1999[40]setelah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 yang lalu.

Zaman Tun Abdullah Datuk Ahmad Badawi (2004-2008)

Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 2003-2008

Tan Sri Muhyiddin Yassin (duduk 6 dari kanan) dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pada tahun 2006

Pada bulan Januari 2004, beliau diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi mengetuai Kementerian Pertanian Malaysia berikutan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan.

Setelah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, beliau dilantik semula menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia[41] yang fungsinya ditambah bagi memajukan sektor pertanian dan industri yang berkaitan agar lebih berdaya saing. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memperkasakan bidang pertanian menjadi suatu perniagaan.

Beliau sekali lagi telah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau telah dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.[42] Beliau menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia dalam tempoh yang tidak lama, iaitu selama lebih kurang 1 tahun kerana selepas itu telah diberi peluang untuk naik ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Zaman Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (2009-2015)

Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 2009-2015

Pada tanggal 9 April 2009, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah bersetuju untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, berikutan peralihan tampuk kuasa Perdana Menteri Malaysia daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dikekalkan sehingga 5 tahun. Beliau juga telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi Malaysia[43] dari tahun 2009 hingga tahun 2013.

Semasa menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, beliau telah mendiami Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, iaitu Sri Satria.

Proton Perdana Eksekutif Limousin untuk kegunaan rasmi Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Kenderaan rasmi beliau adalah merupakan sebuah kereta Proton Perdana Eksekutif bersaiz limousin yang dikhaskan untuk kegunaan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan bernombor pendaftaran W9M dan W9R.[44] Selain daripada itu, beliau juga menggunakan sebuah kenderaan peribadi berupa sebuah kenderaan pelbagai guna, Toyota Alphard bernombor pendaftaran JBM2.

Beliau juga telah melancarkan laman sesawang peribadi, MY-Malaysia[45] di Angkasapuri pada 30 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berinteraksi bersama rakyat Malaysia.

Seperti yang diduga, beliau telah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 lalu.

Pada tanggal 15 Mei 2013 di Malaysia, semasa beliau menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-66, beliau sekali lagi telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan sebagai Menteri Pelajaran Malaysia pada tahun 2013[46] untuk penggal kedua.

Pada 12 Ogos 2013, beliau telah bertukar portfolio daripada menjadi Menteri Pelajaran Malaysia kepada Menteri Pendidikan I Malaysia.[47]

Pada tanggal 28 Julai 2015, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah membuat satu keputusan mengejut iaitu membuat rombakan besar-besaran ke atas Kabinet Malaysia 2013[48] dengan menggugurkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kedudukan Tan Sri Muhyiddin digantikan oleh Dato' Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi.[49]

Pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa mempunyai kaitan langsung dengan persoalan yang ditimbulkan oleh beliau berkenaan keputusan Kerajaan Malaysia membekukan penerbitan dua akhbar media perniagaan alternatif di Malaysia The Edge, iaitu The Edge Financial Daily dan The Edge Financial Weekly kerana melaporkan salah laku syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB)[50] dan teguran beliau agar Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak terlibat dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengatakan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Kabinet Malaysia 2015 dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran yang diperlukan oleh Kerajaan Malaysia,[51] walaupun ia merupakan satu tindakan yang sukar demi 'pemantapan dan penyatuan'.[52]

Menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Dr Robert Micheal Gates di Perdana Putra, Putrajaya
Menerima kunjungan hormat daripada Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh di Kuala Lumpur

Zaman Tun Dr Mahathir Mohamad (2018-2020)

Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 2018-2020

Beliau sekali lagi telah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh dalam gabungan parti politik baharu, Pakatan Harapan setelah disingkirkan dari Barisan Nasional. Kerusi Dewan Negeri Johor bagi Gambir juga turut menangi oleh beliau buat kali yang pertama.

Seterusnya, dengan kejayaan tersebut, beliau telah dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia pada 12 Mei 2018 yang lalu.

Pada 21 Mei 2018, beliau telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V[53] di Istana Negara.

Beliau telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negeri Gambir, Johor Darul Ta'zim pada 28 Jun 2018[54] di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negeri Johor Darul Ta'zim, Suhaizan Kayat.

Pada 12 Julai 2018, Setiausaha Akhbar beliau, Datuk Hafiz Abdul Halim telah mengeluarkan kenyataan media yang menyatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan peringkat awal di pankreas di Hospital Mount Elizabeth di Singapura dan telah mendapat cuti rehat selama sebulan untuk menjalani rawatan susulan.[55] Disebabkan itu, tugas sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia dijalankan sementara oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau tidak dapat hadir untuk majlis angkat sumpah jawatan sebagai Ahli Parlimen Pagoh yang telah berlangsung pada 16 Julai 2018 di Dewan Rakyat di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato' Mohamad Ariff Md Yusof.

Dewan Negeri Johor, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri

Perdana Menteri (2020-2021)

Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 2020-2021

Beliau telah mengambilalih jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah perletakan jawatan secara mengejut Tun Dr Mahathir Mohamad.

Satu undian telah dilakukan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke atas 221 orang Ahli Dewan Rakyat Malaysia, kecuali Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menentukan calon yang mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Yang di-Pertuan Agong juga berkenan untuk berbincang dengan Majlis Raja-Raja untuk memuktamadkan pilihan Baginda. Akhirnya, beliau mendapat undian majoriti dan dilantik ke jawatan tersebut.

Beliau telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 16 Ogos 2021 setelah kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14. Seramai 120 orang Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14; iaitu, 105 orang dari Pembangkang dan 15 orang dari UMNO, sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional.

Jawatan sebagai Ahli Parlimen Pagoh dan Ahli Dewan Negeri Johor bagi Gambir terus dipegang.

Zaman Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob (2021-2024)

Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 2021-2024

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi bertaraf Menteri bagi Majlis Pemulihan Negara pada 1 September 2021 lalu. Tanggungjawab tersebut beliau terima secara sukarela dan tidak menerima sebarang imbuhan.

Setelah meletakkan jawatan, beliau meneruskan khidmatnya sebagai Ahli Parlimen Pagoh dan Ahli Dewan Negeri Johor bagi Gambir. Bagaimanapun, khidmat sebagai Ahli Dewan Negeri Johor bagi Gambir telah berakhir pada tahun 2022 setelah Dewan Negeri Johor dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan raya negeri Johor 2022 dan beliau tidak bertanding untuk menumpukan perhatian dengan tanggungjawab di peringkat Persekutuan Malaysia.

Jasa dan Sumbangan جاس دان سومبڠن

Sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim

Johor Darul Ta'zim mengalami anjakan paradigma ketika Tan Sri Muhyiddin menjadi Menteri Besar dan memimpin Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim dari tahun 1986 sehingga tahun 1995. Kebijaksanaan beliau merancang dan mentadbir telah merancakkan ekonomi Johor Darul Ta'zim dengan pertumbuhan melebihi kadar 6.7 peratus, iaitu lima tahun berturut-turut.[56] Di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin, negeri Johor Darul Ta'zim mengalami guna tenaga penuh yang hanya dikecapi sebilangan kecil negara di dunia. Kemajuan Johor Darul Ta'zim di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin dikagumi[57] walaupun mencemaskan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew sehingga memaksa dirinya memberi amaran kepada rakyat Singapura supaya berhati-hati kerana jika tidak, Johor Darul Ta'zim akan menandingi Singapura.

Di bawah Tan Sri Muhyiddin juga, sebagai Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Darul Ta'zim menjadi simbol kejayaan konglomerat Melayu di seluruh negara. Dasar penswastaan negeri Johor Darul Ta'zim memberi faedah kepada semua rakyat kerana wang yang dijimatkan dapat membina banyak kemudahan di seluruh Johor Darul Ta'zim dan mekanisme kejayaan ekonomi Melayu dikongsi menerusi Amanah Saham Johor.

Syiar Islam turut cemerlang di bawah Tan Sri Muhyiddin. Mahkamah Syariah dan kedudukan pegawai-pegawai mahkamah dinaikkan taraf. Masjid lama diperbaiki serta dibesarkan dan masjid-masjid baharu dibina. Tenaga pengajar sekolah-sekolah agama ditambah dengan memperkenalkan Kursus Perguruan Asas Guru Agama Kerajaan Johor Darul Ta'zim.

Ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin, Sijil Syahadah Thanawi, Maahad Johor telah mendapat kembali pengiktirafan dari Universiti Al Azhar, Mesir dan Universiti Islam Madinah, Arab Saudi.

Sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia

Tan Sri Muhyiddin telah mengkaji Dasar Belia Negara yang telah digubal pada tahun 1985 dan telah digubal menjadi Dasar Pembangunan Belia Negara[58] pada tahun 1997 ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Beliau juga menggerakkan program Rakan Muda yang diasaskan oleh 'Bapa Rakan Muda', Tan Sri Abdul Ghani Othman, dan mendapat sambutan di luar dugaan di mana lebih 500,000 orang belia mendaftar diri dalam enam bulan pertama ia diperkenalkan. Program Rakan Muda adalah program yang melibatkan 10 gaya hidup sihat dan merupakan sebahagian daripada blueprint pembangunan Wawasan 2020.

Tan Sri Muhyiddin yang peka dengan perkembangan sukan telah menggerakkan operasi pembersihan rasuah bolasepak ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Ketegasan Tan Sri Muhyiddin membanteras rasuah telah menyaksikan hampir 100 orang pemain bolasepak ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah serta dikenakan tindakan.

Sentuhan Tan Sri Muhyiddin seterusnya meletakkan Sukan Komanwel 1998[59] sebaris dengan acara sukan peringkat dunia yang lain. Sukan Komanwel 1998 merupakan kejohanan pertama diadakan di benua Asia. Ia berlangsung di Kompleks Sukan Bukit Jalil yang disiapkan khusus untuk Sukan Komanwel 1998. Acara itu juga menyaksikan pencapaian terbaik negara sejak penyertaan pertama tahun 1950-an dengan menggondol 10 emas, 14 perak dan 12 gangsa.

Sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia

Pada tahun pertama mengetuai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDN & HEP), Tan Sri Muhyiddin telah mewujudkan lebih banyak perniagaan baharu sehingga peningkatannya melebihi 36%.

Beliau juga memperkenalkan Skim Penetapan Harga Barang[60] yang dikuatkuasakan pada musim perayaan. Langkah itu telah berjaya memastikan bekalan keperluan sentiasa mencukupi pada harga berpatutan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Tan Sri Muhyiddin juga telah merealisasikan Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) bagi mengawal selia aktiviti perniagaan dan memberi perlindungan kepada para pengguna. Di bawah akta ini wujud Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,[61] di bawah Seksyen 85, Bahagian XII, Akta Perlindungan Pengguna 1999, iaitu sebuah badan bebas yang mempunyai kuasa mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan pengguna yang membuat tuntutan tidak melebihi daripada RM25,000.00 sahaja.

Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia

Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Tan Sri Muhyiddin telah menjenamakan pertanian sebagai sebuah kerjaya yang menguntungkan dan mempelopori Pertanian adalah Perniagaan.[62] Wawasan beliau menjadikan sektor pertanian tidak lagi dipandang rendah, sebaliknya berjaya mengubah minda dan persepsi masyarakat sehingga ramai siswazah dalam pelbagai disiplin serta organisasi korporat begitu berminat menceburi bidang pertanian.

Tan Sri Muhyiddin juga berjaya menghidupkan semula pameran MAHA[63] dengan konsep baharu sehingga mendapat sambutan di luar jangkaan dan menjadi medan perniagaan, pengenalan kepada teknologi pertanian dan maklumat terkini.

Tan Sri Muhyiddin juga turut bertanggungjawab mencetuskan idea dan menggerakkan Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007 bagi mencari dan merumuskan formula untuk memajukan industri pertanian negara.

Taman Pertanian Malaysia juga telah dinaik taraf menjadi Taman Botani Negara Shah Alam di zaman beliau menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Ia menjadikannya sebagai taman agro-pelancongan terbesar di dunia dengan keluasan 813 hektar. Kos sebanyak RM141 juta[64] telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada tahun 2007 yang lalu.

Sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia

Selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Tan Sri Muhyiddin dipertanggungjawabkan untuk mengetuai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (Ministry of International Trade and Industry Malaysia).

Sebaik sahaja memasuki pejabat di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin pantas memperkenalkan cogan 'Think Business' sebagai teras Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Tujuannya supaya para pegawai di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia memahami pemikiran dan bertindak seperti golongan korporat, seterusnya memberi tumpuan untuk mengangkat sektor perdagangan dan perindustrian Malaysia. Walaupun baru setahun di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia telah menampakkan kejayaan dalam memperkemaskan industri dan menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan pelaburan antarabangsa.

Sebagai Menteri Pelajaran Malaysia dan Menteri Pendidikan I Malaysia

Pemansuhan PPSMI

Beliau telah mengembalikan semula kaedah mengajar matapelajaran Matematik dan Sains yang menggunakan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia di atas permintaan orang ramai di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.

Sekolah Dalam Hospital

Beliau juga telah melaksanakan Program Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital, hasil cetusan ilham, isteri beliau, Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Abdul Rahman yang juga penaung program dan telah dilaksanakan dengan jayanya hasil daripada kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Program ini telah dijenamakan sebagai Sekolah Dalam Hospital dan diuruskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia di hospital-hospital terpilih di seluruh negara.

Transformasi memerlukan masa, strategi dan hala tuju jelas. Justeru, tempoh sedekad akan datang ini adalah sangat mencabar kerana kita perlu meletakkan Malaysia sebagai negara maju dan sekali gus juga menukar status sebagai negara pemimpin, bukan lagi negara pengikut, termasuklah dalam soal pendidikan.

- Tan Sri Muhyiddin Yassin, Putrajaya, 1 November 2011

Belinda Lopez, wakil dari Canonical & Ubuntu menerangkan berkenaan Ubuntu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, (tengah) Menteri Pelajaran Malaysia semasa Hari Terbuka OSS Kementerian Pelajaran Malaysia pada 2010 lalu
Beliau menunjukkan Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Rusia yang dihasilkan oleh Dr Victor Pogadaev

Sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia

Setelah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia, beliau telah mengumumkan komitmen kerajaan bagi menanggani masalah lambakan pendatang asing tanpa izin. Beliau telah mengumumkan bahawa tarikh penamatan Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) adalah pada 30 Jun 2018.

Selain daripada itu, satu program serah diri secara sukarela atau dikenali sebagai Program 3+1 telah diperkenalkan bagi memberi peluang kepada para PATI untuk dihantar pulang ke negara asal mereka.[65]

Papan tanda nama beliau di Kementerian Dalam Negeri Malaysia
Menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Kamala Lakhdir di Putrajaya

Sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara (National Disaster Management). Semasa Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bercuti di Amerika Syarikat[66] sambil bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Pulau Hawaii, beliau telah memangku jawatan Perdana Menteri Malaysia dan mengurus dengan baik keperluan mangsa banjir walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

Sebagai Perdana Menteri Malaysia

Pejabat Perdana Menteri Malaysia di Perdana Putra

Tugas getir beliau selaku Perdana Menteri Malaysia ke-8 adalah untuk menangani Pandemik COVID-19 di Malaysia. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia. Antaranya adalah Perintah Kawalan Pergerakan. Satu pakej ransangan ekonomi baharu telah diperkenalkan yang melibatkan jumlah lebih daripada RM530 billion. Satu insentif telah diwujudkan, iaitu Bantuan Prihatin Nasional kepada golongan M40 dan B40.

Bantuan untuk perusahaan kecil dan sederhana juga diberikan melalui insentif Pakej Prihatin PKS bagi membantu para pengusaha kecil dan sederhana yang terkesan akibat wabak COVID-19.

Ringkasan Jawatan ريڠكسن جاوتن

Berikut adalah senarai antara jawatan yang beliau pernah sandang

  • Korporat
    • Pengarah Urusan Sri Saujana Berhad
    • Pengarah Urusan Sergam Berhad
    • Pengarah Equity Mal (Johor) Sdn Bhd
    • Pengarah Syarikat Granite Malaysia Sdn Bhd

Aktiviti Kemasyarakatan اكتيۏيتي كمشراكاتن

Selain itu, beliau juga banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Pelbagai jawatan yang beliau pegang, antaranya sebagai Penaung, Pengerusi, Presiden, Yang di-Pertua, Timbalan Pengerusi, Timbalan Presiden dan sebagainya.

Pasukan Pakaian Seragam

Persekutuan Pengakap Malaysia

Beliau juga merupakan Presiden Agung dan mantan Timbalan Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia. Pada 25 April 2009, beliau telah merasmikan Majlis Sambutan 100 tahun Pengakap Malaysia. Hadir sama, Tun Abdullah Datuk Ahmad Badawi.

Beliau adalah penerima Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (BSP I) - Emas dan Pingat Peringatan Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

Beliau adalah Presiden Kehormat dan mantan Timbalan Presiden Kehormat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dalam Majlis Presiden. Persatuan ini bergiat cergas dalam memberi khidmat kepada masyarakat. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah perkhidmatan ambulans, pengurusan bencana, latihan dan pembangunan serta perkhidmatan kesihatan dan komuniti.

St. John Ambulans Malaysia

Beliau merupakan Yang di-Pertua Kebangsaan St. John Ambulans Malaysia. Berfungsi seperti mana Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dalam membantu mereka yang dalam kesusahan.

Sukan

Tan Sri Muhyiddin Charity Golf Foundation (Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin)

Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (Golf Amal Tan Sri Muhyiddin)

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merupakan pengasas TSM Charity Golf yang ditubuhkan dalam tahun 2002. Ia merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bermatlamat untuk membentuk masyarakat penyayang melalui sumbangan kebajikan dan derma dari sukan golf. TSM Charity Golf telah sedikit sebanyak mengubah persepsi masyarakat kepada sukan golf. Jika sebelum ini golf dianggap sukan untuk golongan elit, Tan Sri Muhyiddin melalui TSM Charity Golf telah mengubah persepsi ini dengan menjadikan golf sebagai satu wadah untuk membuat kebajikan dan menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

Banyak pertandingan Golf Amal telah dibuat di Australia, New Zealand dan Indonesia. Melalui pertandingan amal ini, kutipan yang dibuat disumbangkan kepada badan-badan kebajikan pelajar di negara-negara tersebut. Sumbangan ini seterusnya digunakan untuk pelbagai aktiviti kebajikan pelajar dan rakyat Malaysia. Selain itu, ia juga sumbangkan kepada mereka yang didalam kesusahan dan mereka yang terlibat dalam pelbagai bencana alam.

Di dalam konteks sukan, Tan Sri Muhyiddin melalui TSM Charity Golf juga cuba untuk membangunkan aktiviti golf di Malaysia. Pada tahun 2006, TSM Charity Golf dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah menganjurkan pertandingan "TSM Golf Challenge[68] - In Search of Malaysian Tiger", dalam usaha untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan golf di Malaysia.

Royal Johor Country Club

Beliau pernah dilantik menjadi Yang diPertua dan Presiden Royal Johor Country Club. Ia merupakan sebuah kelab golf yang terkenal di Johor Bahru. Kini ia telah bertukar nama kepada Johor Golf and Country Club.

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor Darul Ta'zim

Beliau telah dilantik sebagai Presiden, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor Darul Ta'zim (1986-1995). Banyak kejayaan yang telah dicapai oleh pasukan negeri semasa beliau memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor Darul Ta'zim.

Pencapaian pasukan bolasepak negeri Johor Darul Ta'zim dari tahun 1986 hingga 1995

Piala Antarabangsa
Piala Tempatan
Liga Tempatan

Kesihatan

TSM Charity Dialysis Centre (Pusat Dialisis Amal Tan Sri Muhyiddin)
Bangunan Pusat Dialisis Tan Sri Muhyiddin di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Penubuhan TSM Charity Dialysis Centre adalah bertujuan untuk membantu orang ramai yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan Dialisis secara percuma. Ia terletak di alamat 88 Lorong Titiwangsa 7 Taman Tasik Titiwangsa 53200 Kuala Lumpur. Ia telah dibuka kepada awam sejak bulan April 2013 lagi.

Tapak utama TSM Charity Dialysis Centre telah dibina dengan kos permulaan sebanyak RM2.5 juta dan memerlukan elaun tambahan sebanyak RM980,000.00 setahun untuk perbelanjaan operasi dan penyelenggaraan.

Pusat dialisis dibuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 12 tahun ke atas dan perlu ditemuduga oleh Badan Pemilih sebelum layak untuk mendapatkan rawatan. Mereka juga perlu bebas daripada wabak Hepatitis A, Hepatitis B dan Hepatitis C dan juga bebas dari wabak HIV.

Pusat dialisis ini juga dirancang untuk dikembangkan ke Pagoh, Johor Bahru dan Putrajaya bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang menghidap sakit buah pinggang kronik. Pusat dialisis telah dibina di Bandar Universiti Pagoh dan dinamakan sebagai TSM Hatta Charity Dialysis Centre bersempena nama penyumbang tapak lot tanah untuk membina pusat dialisis tersebut, Dato' Mohammed Hatta Abd. Karim yang dimiliki oleh isteri beliau, Datin Rashidah Yusof. Kos pembinaan telah menelan belanja melebihi RM1 juta selepas ditangguh dalam tempoh yang begitu lama.

Kebajikan

Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri Johor Darul Ta'zim

Beliau adalah Presiden Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri Johor Darul Ta'zim selama 10 tahun (1986-1996). Pada bulan Mac 1987, beliau telah meletakkan batu asas bagi membina bangunan baharu untuk Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri Johor Darul Ta'zim.[69]

Kemasyarakatan

Persatuan Anak Melayu Johor Darul Ta'zim

Beliau adalah Penasihat II[70] Persatuan Anak Melayu Johor Darul Ta'zim. Persatuan ini berperanan menjaga kebajikan para ahlinya yang berasal dari Johor Darul Ta'zim yang tinggal di Wilayah Persekutuan dan Selangor Darul Ehsan.

Pembangunan Insan

Yayasan Nurul Yaqeen

Tan Sri Muhyiddin juga merupakan Pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen sejak 12 Mac 1991.

Yayasan ini berperanan untuk

  1. Menganjur dan mengendalikan persidangan, seminar serta bengkel bagi meningkatkan perkembangan minda generasi Malaysia yang cemerlang serta mengeratkan silaturrahim dan menggalakkan integrasi di semua peringkat.
  2. Melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan kepimpinan dan kemasyarakatan seperti ceramah motivasi, keibubapaan, kaunseling, pembangunan kapasiti wanita dan gejala sosial serta pelbagai bidang yang berkaitan.
  3. Wadah pengumpul para cendekiawan untuk berbincang dan melahirkan idea yang konstruktif, kreatif serta kritikal yang dapat menjadi panduan dalam menangani isu dan masalah ekonomi, politik dan sosial.
  4. Melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk membantu meningkatkan pembangunan ekonomi Bumiputera khususnya dalam bidang keusahawanan dan pertanian.
  5. Menjalankan penyelidikan saintifik berkaitan dengan pembangunan ekonomi, sosial dan budaya yang berhubung rapat dengan pembangunan negara.

Anugerah Tesis Terbaik YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin[71][72] (2009-2010) yang dianjurkan oleh Yayasan Nurul Yaqeen dengan kerjasama Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM) itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada penghasilan tesis bermutu tinggi bagi mengiktiraf tesis-tesis terbaik berkaitan Islam dalam pelbagai bidang. Pencalonan adalah dari kalangan para siswazah lulusan Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.[73]

Dalam Budaya Masyhur دالم بوديا مشهور

Watak beliau dalam sebuah filem biopik, Mahathir: The Journey telah dilakonkan oleh Pizi Jihat.[74]

Kesihatan كصيحتن

Beliau telah didapati menghidap kanser pankreas tahap pertama setelah dikesan oleh doktor peribadi beliau, Tan Sri Dr Ampikiapakan Kandiah dan telah menjalani pembedahan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada tahun 2018 lalu.[75]

Garis Masa ڬاريس ماس

Garis masa kehidupan dan kerjaya
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia ke-8
Semasa Istiadat Perarakan Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong 2013


Garis masa kehidupan dan kerjaya



Garis masa jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Fadillah YusofAhmad Zahid HamidiIsmail Sabri YaakobWan Azizah Wan IsmailAhmad Zahid HamidiMuhyiddin YassinNajib RazakAbdullah Ahmad BadawiAnwar IbrahimAbdul Ghafar BabaMusa HitamMahathir MohamadHussein OnnIsmail Abdul RahmanAbdul Razak Hussein


Garis masa jawatan Perdana Menteri Malaysia

Anwar IbrahimIsmail Sabri YaakobMuhyiddin YassinMahathir MohamadMohd Najib Abdul RazakAbdullah Ahmad BadawiMahathir MohamadHussein OnnAbdul Razak HusseinTunku Abdul Rahman


Lihat Juga ليهت جوڬ






Bibliografi بيبليوڬرافي

Galeri ڬالري

Anugerah dan Darjah Kebesaran انوڬره دان درجه كبسرن

Anugerah

Dalam Negara

Anugerah Kemasyarakatan
Pasukan Pakaian Seragam

Sebagai Timbalan Presiden Agong Persekutuan Pengakap Malaysia, beliau telah dianugerahkan bintang dan pingat atas jasa yang disumbangkan[78]

Jalur Gambar Nama Bintang dan Pingat
Lihat
Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (BSP I) - Emas
Lihat
Pingat Peringatan Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia
Persatuan
  • Baka orkid kacukan Dendrobium Muhyidddin Yassin - Persatuan Orkid Perak[79]
Jabatan Kerajaan

Luar Negara

Forum Ekonomi
  • Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat (Forum Ekonomi China Sedunia)[81]
  • Anugerah Kepimpinan Khas (Forum Ekonomi China Sedunia)[82]
Plak Bandaraya
Ijazah Kehormat

Pada tahun 2013, beliau telah dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Antarabangsa oleh United States Sports Academy.[84][85] Seterusnya pada tahun 2014, beliau telah dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing (Beijing Foreign Studies University).[86]

Darjah Kebesaran

Senarai darjah kebesaran yang telah dianugerahkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin
Senarai darjah kebesaran yang telah dianugerahkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut kekananan anugerah
TurutanGambarWarna JalurNama Darjah KebesaranNama SingkatanGelaranKetua NegeriTahun
1
Lihat
Darjah Panglima Setia MahkotaPSMTan Sri Persekutuan1988
2Lihat Darjah Dato’ Sri Paduka Mahkota JohorSPMJDato' Johor Darul Ta'zim1991
3Lihat Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam ShahSHMSDato' Seri Diraja Kedah Darul Aman2014
4Lihat
Darjah Paduka Sultan Azlan ShahSPSA Perak Darul Ridzuan2010
5Lihat Darjah Seri Paduka Mahkota PerlisSPMPDato' Seri Perlis2007
6Lihat Darjah Seri Utama Negeri SembilanSUNSDato' Seri UtamaNegeri Sembilan Darul Khusus2010
7Lihat Darjah Seri Panglima Darjah KinabaluSPDKDatuk Seri Panglima Sabah Negeri di Bawah Bayu2010
8Lihat Darjah Utama Negeri MelakaDUNMDatuk Seri Utama Melaka2019
9Lihat Darjah Datuk Patinggi Bintang KenyalangDPDatuk Patinggi Sarawak Bumi Kenyalang2013
10Lihat Darjah Panglima Negara Bintang SarawakPNBSDato Sri2008
11Lihat Darjah Setia Mahkota JohorSMJTiada Johor Darul Ta'zim1980
12Lihat Pingat Ibrahim Sultan Pangkat KeduaPIS (II)1974
13Lihat Bintang Sultan Ismail Pangkat 2BSI (II)1979

Susunan Jalur
Pakaian Istiadat 1 Pakaian Istiadat 2
Siang
Malam
Lihat
Lihat
Pakaian Istiadat[4]

Nota

 4. Walaupun beliau telah dikurniakan dengan pelbagai Darjah Kebesaran daripada Raja-Raja Melayu dan para Yang di-Pertua Negeri, beliau hanya memakai Darjah Panglima Setia Mahkota, Darjah Dato' Sri Paduka Mahkota Johor, Darjah Setia Mahkota Johor, Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua dan Bintang Sultan Ismail Pangkat 2 sebagai menghormati kekananan anugerah dan anugerah pertama yang dikurniakan kepada beliau. Darjah Paduka Sultan Azlan Shah juga turut dipakai oleh beliau.

Rujukan رجوكن

Pautan Luar ڤاوتن لوار

Kategori berkenaan Muhyiddin Yassin/Biografi di Wikimedia Commons

Wikiversity
Di Wikiversity, anda boleh mempelajari tentang:

Lampiran لمڤيرن

Keputusan Pilihan Raya

Parlimen Pagoh

Berikut adalah keputusan Pilihanraya Umum Malaysia yang beliau pernah bertanding bagi Parlimen Pagoh.

Parlimen > Pagoh >Johor Darul Ta'zim
TahunParlimenCalon MenangUndianPeratusCalon TewasUndianPeratusJumlah MengundiMajoritiPeratus Mengundi
1978P104
Pagoh

Mahiaddin Md Yasin
(BN)
(UMNO)
17,67989.52%

Abdul WahabAbdul Rahman
(PAS)

2,06910.48%26,30215,61075.08%
198219,03583.01%

Sumadi Ahmad
(PAS)

2,65211.57%22,92116,38374.86%
1995P127
Pagoh

Tan Sri Muhyiddin Yassin
(BN)
(UMNO)
21,85683.70%

Rosdan TahaDato' Abdul Rahman
(GR) & (APU)
(Semangat 46)

4,25716.30%27,49217,59970.68%
199920,13273.35%

Elias @ AliasHaji Shamsir
(BA)
(PKR)

7,28226.53%28,32712,85071.19%
2004P143
Pagoh
23,67982.64%

Mohamed Awang
(BA)
(PAS)

4,93217.21%29,53418,74765.43%
200821,02871.22%

Mohamad Rozali Jamil
(BR) & (PR)
(PAS)

8,44728.61%30,31312,58175.70%
201326,27466.01%13,43233.75%40,61212,84286.79%
2018
Tan Sri Muhyiddin Yassin
(PH)
(PKR)
(BERSATU)
23,55855.21%

Haji Ismail Mohamed
(BN)
(UMNO)

16,63138.97%42,6726,92782.83%

Ahmad Nawfal
Dato' Dr Mahfodz

(GS)
(PAS)

2,4835.82%
2022
Tan Sri Muhyiddin bin Md Yasin
(PN)
(BERSATU)
24,98635.72%

Iskandar Shah Abd Rahman
(PH)
(PKR)

14,97921.41%54,39110,00777.80%

Datuk Seri Razali Ibrahim
(BN)
(UMNO)

14,42620.62%

Beliau telah menggunakan logo dari Parti Keadilan Rakyat bagi mewakili Pakatan Harapan kerana Pakatan Harapan tidak dapat didaftarkan sebagai parti politik yang sah berikutan masalah dalam perjalanan parti beliau, Parti Pribumi Bersatu Malaysia seperti yang didakwa oleh Pendaftar Pertubuhan. Namun, setelah membentuk kerajaan, Pakatan Harapan telah disahkan pendaftaran sebagai sebuah parti politik.

Dewan Negeri Bukit Serampang

Berikut adalah keputusan Pilihanraya Umum Malaysia yang beliau pernah bertanding bagi Dewan Negeri Bukit Serampang.

Dewan Negeri > Bukit Serampang > Johor Darul Ta'zim
TahunDewan NegeriCalon MenangUndianPeratusCalon TewasUndianPeratusJumlah MengundiMajoritiPeratus Mengundi
1986N05

Bukit Serampang


Tan Sri Muhyiddin Yassin
(BN)
(UMNO)
TiadaTiadaTiadaTiadaTiadaTiadaMenang Tanpa BertandingTiada
19909,26080.52%
Haji Omar Lambak
(GR) & (APU)
(Semangat 46)
2,24019.48%11,9117,02076.31

Dewan Negeri Gambir

Berikut adalah keputusan Pilihanraya Umum Malaysia yang beliau pernah bertanding bagi Dewan Negeri Gambir.

Dewan Negeri > Gambir > Johor Darul Ta'zim
TahunDewan NegeriCalon MenangUndianPeratusCalon TewasUndianPeratusJumlah MengundiMajoritiPeratus Mengundi
2018N09

Gambir


Tan Sri Muhyiddin Yassin
(PH)
(PKR)
(BERSATU)
10,28053.33%
Datuk Asojan Muniandy
(BN)
(MIC)
7,19237.31%19,2783,08884.83%

Dato' Dr Mahfodz Mohamed
(GS)
(PAS)
1,8065.63%

Jawatan Yang Pernah Disandang

Beliau seorang ahli politik yang sangat berpengalaman kerana telah menceburi bidang politik sejak tahun 1971 lagi dengan menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang merupakan parti komponen dalam Parti Perikatan.

Senarai jawatan

Berikut adalah jawatan utama yang beliau pernah sandang sejak tahun 1978.

Penyandang TerdahuluAhli Parlimen
Pagoh
10 Julai 1978 - 19 Julai 1986
Penyandang Kemudian
Tun Syed Nasir Syed Ismail
Tuan Ahmad Omar
Penyandang TerdahuluSetiausaha Parlimen
Kementerian Luar Negeri Malaysia
12 Oktober 1981 - 28 April 1982
Penyandang Kemudian
Tuan Mohd Kassim @ Yahya Ahmad
Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir
Penyandang TerdahuluTimbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia
29 April 1982 - 1 Jun 1983
Penyandang Kemudian
Tan Sri Idris Abdul Rauf
Datuk Ahmad Shah Datuk Hussein Tambakau
Penyandang TerdahuluTimbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian I Malaysia
2 Jun 1983 - 19 Julai 1986
Penyandang Kemudian
Dato' Lew Sip Hon
Dato' Kok Wee Kiat
Penyandang TerdahuluAhli Dewan Negeri
Bukit Serampang
4 Ogos 1986 - 4 Oktober 1990
22 Oktober 1990 - 6 April 1995
Penyandang Kemudian
Tuan Zakaria Salleh
Tuan Ahmad Omar
Penyandang TerdahuluPengerusi
Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor
4 Ogos 1986 - 4 Oktober 1990
22 Oktober 1990 - 6 April 1995
Penyandang Kemudian
Dato' Abdul Ajib Ahmad
Tan Sri Dato' Haji Abdul Ghani Othman
Penyandang TerdahuluMenteri Besar Johor
4 Ogos 1986 - 4 Oktober 1990
22 Oktober 1990 - 6 April 1995
Penyandang Kemudian
Dato' Abdul Ajib Ahmad
Tan Sri Dato' Haji Abdul Ghani Othman
Penyandang TerdahuluNaib Presiden I
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
4 November 1993 - 9 Oktober 1996
Penyandang Kemudian
Dato' Seri Utama Anwar Dato' Ibrahim
Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Penyandang TerdahuluMenteri Belia dan Sukan Malaysia
4 Mei 1995 - 14 Disember 1999
Penyandang Kemudian
Tan Sri Dato' Haji Abdul Ghani Othman
Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein
Penyandang TerdahuluMenteri
Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna
Malaysia

15 Disember 1999 - 26 Mac 2004
Penyandang Kemudian
Tan Sri Megat Junid Megat Ayob
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal
Penyandang TerdahuluNaib Presiden III
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
11 Mei 2000 - 22 September 2004
Penyandang Kemudian
Tan Sri Muhammad Haji Muhammad TaibTan Sri Muhammad Haji Muhammad Taib
Penyandang TerdahuluMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
27 Mac 2004 - 18 Mac 2008
Penyandang Kemudian
Menteri Pertanian Malaysia
Tan Sri Dr Mohd Effendi Norwawi
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Penyandang TerdahuluNaib Presiden II
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
23 September 2004 - 25 Mac 2009
Penyandang Kemudian
Tan Sri Muhammad Haji Muhammad TaibDato' Seri Diraja Dr Raden Ahmad Zahid Raden Hamidi
Penyandang TerdahuluMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
19 Mac 2008 - 9 April 2009
Penyandang Kemudian
Tan Sri Rafidah Aziz
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I Malaysia
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Malaysia
Dato' Seri Ong Ka Chuan
Penyandang TerdahuluTimbalan Presiden
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
26 Mac 2009 - 26 Februari 2016
Penyandang Kemudian
Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul RazakDato' Seri Utama Mohamad Haji Hasan
(Mulai 30 Jun 2018)
Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein
12 Mei 2018 - 29 Jun 2018
(Menjalankan Tugas)
Dato' Seri Diraja Dr Raden Ahmad Zahid Raden Hamidi
27 Februari 2016 - 11 Mei 2018
(Menjalankan Tugas)
Penyandang TerdahuluTimbalan Pengerusi Barisan Nasional
26 Mac 2009 - 26 Februari 2016
Penyandang Kemudian
Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul RazakDato' Seri Diraja Dr Raden Ahmad Zahid Raden Hamidi
Penyandang TerdahuluMenteri Pelajaran Malaysia
Menteri Pendidikan I Malaysia
10 April 2009 - 28 Julai 2015
Penyandang Kemudian
Menteri Pendidikan Malaysia
Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
Dato' Mohamed Khaled Nordin
Menteri Pendidikan Malaysia
Dato' Seri Diraja Mahdzir Haji Khalid
Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia
Dato' Seri Idris Jusoh
Penyandang TerdahuluTimbalan Perdana Menteri Malaysia
10 April 2009 - 28 Julai 2015
Penyandang Kemudian
Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul RazakDato' Seri Diraja Dr Raden Ahmad Zahid Raden Hamidi
Penyandang TerdahuluTimbalan Presiden
Pakatan Harapan
13 Julai 2017 - 24 Februari 2020
Penyandang Kemudian
Penyandang PertamaDatuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau
Penyandang TerdahuluMenteri Dalam Negeri Malaysia
21 Mei 2018 - 24 Februari 2020
Penyandang Kemudian
Dato' Seri Diraja Dr Raden Ahmad Zahid Raden HamidiDato' Seri Hamzah Zainudin
Penyandang TerdahuluPerdana Menteri Malaysia
1 Mac 2020 - 16 Ogos 2021
Penyandang Kemudian
Tun Dr Mahathir MohamadDato' Sri Ismail Sabri Yaakob
Penyandang TerdahuluAhli Dewan Negeri
Gambir
27 Jun 2018 - 22 Januari 2022
Penyandang Kemudian
Datuk Asojan Muniandy
Sahrihan Jani
Penyandang TerdahuluPresiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
14 Januari 2017 - 30 April 2024
Penyandang Kemudian
Penyandang Pertama7 tahun, 107 hari
Penyandang TerdahuluPengerusi
Parti Perikatan Nasional
7 Ogos 2020 - 30 April 2024
Penyandang Kemudian
Penyandang Pertama3 tahun, 267 hari
Penyandang TerdahuluAhli Parlimen
Pagoh
26 April 1995 - 10 November 1999
20 Disember 1999 - 4 Mac 2004
17 Mei 2004 - 13 Februari 2008
28 April 2008 - 3 April 2013
24 Jun 2013 - 7 April 2018
14 Ogos 2018 - 10 Oktober 2022
19 Disember 2022 - 30 April 2024
Penyandang Kemudian
Tuan Ahmad Omar
28 tahun, 328 hari

Pautan Jawatan

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno